Showing posts with label Self-motivation. Show all posts
Showing posts with label Self-motivation. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

Wise Words

Assalammualaikum, lama sugguh aih tak tulis sebarang entri. tiba-tiba malam ni, tergerak hati nak tulis sesuatu. Btw, la ni aku boleh nyanyi 22 macam taylor swift dengan hati yang lapang. Why??? Because I'm 22 already. Hehehehe.. 




Makin meningkat usia, makin kurang rasa kemeriahan birthday tu. Aku ok ja, tak kisah pun. Banyak juga dapat wish dari kawan-kawan dengan cikgu. Dalam banyak-banyak wish, ada satu yang paling terkesan. Aku tak sure sama ada dia hantar wish tu saja-saja ataupun dia ada terbaca tweet aku pasal arwah ayah ari tu. Apapun, aku berterima kasih untuk wish tu. You guys are such a great friends.


Semoga success selalu and being a person who can bring a lot of happiness to the world...- MAE, 19 Mei 2017
Yeah, the least I can do is keep being happy. Oklah, tu ja untuk kali ni. Zaijian. 
-biNgO-

Saturday, February 18, 2017

TIRED ? ? ?

When you used to loss someone, you will never want to feel it again. So, you try your best to appreciate every single person that walks into your life. You treasure them so much. You put your sincerity in the friendship. Still, some people may wonder, " Did you must do it like that? ". The answer is simple. You hate when you have to loss someone. 

Others will think like it may look so cliche. But, it is the truth. Every time you give a present, you give the most memorable gift with the hope they would not forget you. You are putting a lot of efforts for the present. You appreciate them.

Still...

There is a moment, someone whisper into your ear to stop doing all those stuff. 

"You are wasting your time. You are wasting your energy."
"Do you think they will remember you? Hahaha."

You try your best to deny all those nonsense thought. Then, you realize that you are just a normal being. At some point, you feel so frustrated and useless doing all those stuffs. The frustration and annoying feeling get stronger if that person treats you not as you expected. 

Only at that time, you know not everything will go as planned. It is not wrong to have a dream, a hope. But, do not put it too high. If you fall from too tall place, you will hurt yourself. Do not make yourself feel tired with no reason.

-biNgO-

Monday, May 18, 2015

OFFICIALLY 20!

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera...

Salam kematangan!!!

     Hari ni, 18 Mei 2015, secara rasminya aku dah umur 20 tahun. So, say " HAPPY BIRTHDAY " to me. Lawak ja. Aku tak kisah sangat pun. Kalau dulu, waktu kecil. mesti frust kalau tak ada orang wish kan?..but not more now.. SAYA DAH BESAR!!! (tutup muka)

     Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku hidup selama 20 tahun kat atas dunia ni. In shaa Allah, mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki aku dan panjangkan umur aku. Amin~~

     Tahun ni, aku tak tonjolkan birthday. So, tak ramai lah yang wish. It's ok. Small matter ma. Even my roomate and my coursemate pun tak tahu. Bukannya aku sengaja nak berahsia or berdrama, tapi untuk mengingati hari lahir aku akan buatkan aku teringat pada 'dia'. Tarikh yang cukup bermakna. His face, his excited face will appears before me. Jadi, kadangkala benda tu membuatkan aku jadi sedih. So, it's better to keep silent, right? Untuk sapa yang tahu dan wish tu, tak pa lah. Bukannya aku nak marah-marah pun. Yang tak taw pun tak pa. I'm fine about it. 



Macam orang selalu kata, pengalaman mematangkan manusia. Dari tahun ke tahun, kita akan menjadi semakin matang dan boleh berfikir dengan lebih teliti.





-biNgO-

Wednesday, February 18, 2015

Percaya Pada-Nya

Assalammualaikum..salam perkhabaran..!!!!..kali ini,kita akan berbicara dari mata ke mata kerana dari mata turun ke hati..haha..sweeet bangat (ok..abaikan ja part mata dan hati tu)

     Hari ini, aku just nak share pendapat aku tentang satu hal ni and for sure uolls gonna like it especially girlzzzz…(pjgkan kan zzzz tu)



     La ni, ada banyak sangat dah novel-novel cinta kat kedai buku.Tak kisahlah kedai Hassani ka Popular ka. Asal nama dia kedai buku, confirm 200% ada terjual novel-novel tu. Oklah, tak mau dah merapu banyak, let’s straight to the point. Dalam kebanyakkan novel ada ja kisah ‘Cinta after Nikah’..kan????..dan benda nilah yang mula merebak dalam kalangan masyarakat kita especially yg girls...nak bercinta after nikah la katanya kan.

     Benda ni bukannya aku kata tak bagus, bagus CUMA…(ada gak CUMA tu)..Cuma konsep ‘Cinta after Nikah’ ni mcm seolah-olah bakal menjadi satu trend nanti..nak bercinta after nikah ni memang digalakkan dan sapa ja yg tak mau..in fact, aku sendiri pun teringin..hehehe (tutup muka sat)..

TETAPI

     Haruslah diingatkan kembali apa sebenarnya niat kita untuk bercinta after nikah???
Adakah semata-mata untuk menjadikan perkahwinan khayalan suatu kenyataan seperti plot novel ataupun ikhlas untuk mendapat keredaan-Nya?

DAN

Adakah sebenarnya kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan yang memerlukan komitmen seumur hidup?

SEBENARNYA… SAYA ISTERI DIA (commercial break sikit,hehe)

     Boleh ja untuk kita menyimpan hasrat untuk bercinta after nikah, yang penting niat dalam hati ini adalah untuk mendapatkan keredaan Allah..kenapa??..sebab hubungan yang halal inilah yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan sebelum excited nak menikah tu, persiapkanlah ilmu di dada tu kerana kita bakal menjadi imam ataupun makmum yang bakal melayari satu bahtera suatu hari nanti.

     Kata orang, jodoh tu perlu dicari kan???

Sekuat mana pun perancangan yang kita buat, ketentuan Allah lebih berkuasa. Sesuatu yang kita dapat itu adalah takdir yang telah ditetapkan dan ada hikmahnya. Macam tajuk post ni,’Percaya pada-Nya’.



Yang PENTINGbahagiakan kedua-dua orang tua tu dulu sebelum nak beralih ke fasa perkahwinan..dan pilihlah pasangan yang dirasakan terbaik untuk diri anda yang boleh menjadi peneman untuk seumur hidup dan in shaa Allah until Jannah..Amin--

-biNgO-

Friday, January 9, 2015

AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA?



Olla..Assalamualaikum!!!
Kali ni SZ bukan nak buat entri tapi sekadar nak meluahkan apa yang terlintas di benak fikiran ini. Alkisah bermula….



     Kadang-kadang, ada yang pernah tanya pada SZ, “Ang ada blog ka?” , “Ada ka orang baca blog ang wei,tengok tak da apa pun”. Pada saat soalan cepumas sebegini yang ditanya, SZ cuma senyum dan kata “ Aku tak keraplah update, aku bukan target nak jadi blogger famous-famous tu pun “. Yes, it is true! Mula-mula SZ kenal, tahu dan buat blog masa form 3. Waktu tu, cikgu kelas Komputer yang wajibkan setiap pelajar buat blog masing-masing. So, I just do it. At last, blog tu dibiarkan macam tu saja sampailah SZ habis matrik. 

     Lepas tu, baru SZ customize kan elok-elok blog ni, cari nama yang sesuai dan baru mula meng’update’ entri sikit demi sedikit. Pada rancangan asalnya, SZ nak jugalah blog ni boleh muncul kat enjin carian. Tapi, untuk muncul kat enjin carian tu, paling koman, setiap minggu kena post entri. Memandangkan SZ masih seorang student U dan kekangan masa menyebabkan SZ tak dapat nak selalu post entri kat blog. Setakat ni, cuma kawan-kawan SZ yang menjadi pembaca untuk ! SITI ZURIAH'S ! .


     Mana ada blogger yang tak suka follower kan??? Aku pun sama. Cuma, untuk permulaan ni aku lebih banyak menulis entri-entri untuk mendapatkan kepuasan menulis. Aku pernah terbaca satu blog ni yang katanya bila buat blog ni kena ada ‘niche’ blog tu sendiri. But for me, I’ll just write anything that come across my mind as I said I love writing. Bidang penulisan is one of my passion and I really love it. 
     
     Sebab itu, untuk mula-mula ini, aku tak meletakkan harapan yang tinggi sebab aku sedar blog ni masih tak standing dengan blog-blog yang aku pernah visit. Thus, aku cuma harap kalau ada yang membaca entri-entri aku ni, harap-harap dia terhibur. In shaa Allah, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu atas kesilapan aku sendiri. Bye! Bye!




-biNgO-

Thursday, January 8, 2015

YOURS ARE YOURS..MINE IS MINE

Olla..Assalamualaikum. Akhirnya, dapat juga update blog ni. Rasanya dah hampir setengah tahun SZ tak update blog ni.

‘ YOURS ARE YOURS..MINE IS MINE ‘…Apa yang ‘YOURS’? Apa yang ‘MINE’? Nak tahu????!!??? Teruskan membaca ye.




Baiklah, tujuan entri kali ini adalah untuk mencapai learning outcomenya iaitu… (bohong ja..ignorekan baris ni)

     Baiklah, tujuan entri kali ini adalah untuk membantu adik-adik, abang-abang atau kakak-kakak yang masih terkapai-kapai untuk membuat pilihan. Pilihan apa? KAHWIN ka??!!!! Bawa bertenang ye, bukan bab kahwin. Ulang suara, bukan bab kahwin ye. Pilihan yang akan menentukan corak masa depan anda semua. Selepas SPM, ada yang akan masuk ke kolej matrikulasi, tingkatan 6 ataupun ke peringkat diploma. Aku bukan nak membanding bezakan ketiga-tiga peringkat ni sebab kalau cari kat Google, dah banyak sangat pun yang menceritakan pro dan kontra ketiga-tiga peringkat ni. Cuma apa yang aku nak berceloteh kali ini adalah ‘ JANGAN SILAP MEMBUAT KEPUTUSAN ‘ dan ‘ BUATLAH KEPUTUSAN SENDIRI ‘. Kalau mat saleh, dia cakap. ‘ Make your own choice’.


     Keputusan yang dibuat pada saat ini akan menentukan corak perjalanan anda semua pada hari kemudian. Buatlah apa sahaja keputusan berdasarkan minat diri sendiri dan bukan sekadar mengikut telunjuk orang lain. Untuk melakukan sesuatu perlu ada minat baru ianya menjadi. Ada satu iklan kat TV sebut, ‘ JADIKAN MINAT ANDA SATU KERJAYA ‘.



     Perjalanan hidup setiap orang berbeza. Lain padang, lainlah belalangnya. Sebelum membuat sebarang keputusan, ambil kira semua aspek supaya tak tersilap dalam membuat keputusan. Dalam usaha nak membuat keputusan tu, rujuklah pada orang yang terlebih dahulu makan asam garam kehidupan. Siapa lagi kalau bukan orang tua kita ataupun saudara-mara yang jauh lebih tua. Mereka ini jauh lebih berpengalaman dengan arus kehidupan ini. Tetapi, hati manusia mudah berubah tambahan kalau dengar ada orang lain kata yang ini bagus, yang itu tak sangat. Mulalah berubah hati, nak tukar pendirian. Sebenarnya, untuk part ni, kita kena ada pendirian sendiri dan tetapkan pendirian tu dan jangan berubah seperti lalang yang berubah mengikut angin yang bertiup. Apabila kita dah ada pendirian yang tetap, barulah dapat membantu kita dalam membuat keputusan. 

     Ingat!!!..salah satu ciri orang yang gagal ialah orang yang tidak tetap pendirian. Akhir kata, jangan jadi macam lalang yang selalu berubah arah tapi jadilah macam pokok yang kuat yang ada buttress root, sentiasa berdiri teguh dalam apa jua situasi. (part ‘ buttress root ‘ tu sorry lah ye, terbawa-bawa biologi sikit..hehe)





- biNgO -

Friday, July 18, 2014

YOU AND ME


          KAFETERIA...the first place where I saw you. My eyes were unable to stop looking at you. Why? I didn't have an answer for its. Maybe, it was because I just like to watch you with no reason. I thought it would be the last time for me to see you. But, God's arrangement was better than that. I were bumped into you. I didn't know whether it was my feeling or not, but I saw you were looking at me too.


          Was I the one that fill up myself ? " Emm, let's forget about its " , I said to myself. Later on, I went to a bookstore. When I was queue up at the counter to make the payment, I felt like someone was staring at me. When I rose up my head, guess who I saw ? It was you and you were staring at me AGAIN. Was it a coincidence ? Starting from that day, I was unable to stop my mind to think about you. Was I fall in love ? Or maybe because I was happy to know that I had a secret admire. Yet, I still pretended to be okay.

          Since from the moment, we were always bumped into each other but from the opposite way. I didn't know why, but I always wanted to see you everyday. But in a same time, I afraid that I was too excited about its. But, after a long time, I thought that all these was just a test from God for me. It's time for me to forget about you. 

         I didn't wanted to build a hope for something that myself didn't sure about it. But, why ? ? ? The more I wanted to forget about you, the more frequent we were bumped into each other either during class or not.


         If science said, one heart beat is completed in 0.8 second, but for me, I thought it would be faster than that. Was it funny, right ? Do you know ? Even after this, we will not see each other again, but my memories about you will always fresh in my mind. Don't forget, we used to bump with each other at the Starbuck cafe, in front of the mini mart, at the compound under the sakura tree, during the final exam and while we were heading to our class. All those memories can be considered as a sweet memory for teenager like me. I believe that someone that really meant for me is already waiting for me out there. It just need a right time for me to meet him.





P/S : dilarang copy!!!

- biNgO -










Friday, July 4, 2014

Pengalaman Mematangkan Diri


Assalamualaikum...percaya tak kalau aku kata pic atas ni masa aku kat oversea????.. hehehe..tak lah..ni pic pokok-pokok kat KMPP yang akan mengeluarkan bunga yang iras-iras dengan bunga sakura..limited edition taw pokok ni. Bunga cuma akan berkembang masa bulan April, kalau tak silap lah dan bunga tu cuma mekar selama seminggu. Emmm, unik kan????


          Ok, tak mau dah mukadimah panjang-panjang. ' Pengalaman Mematangkan Diri ' . Sejauh manakah kebenarannya???? hahaha, macam forum la pula. Aku akan kata ' Ya ', pengalaman memang mematangkan diri kerana kita sentiasa belajar daripada pengalaman. Tak kisah la pengalaman yang baik atau buruk. Setiap pengalaman yang terjadi sebenarnya menjadikan diri kita untuk lebih peka supaya kita boleh menjadi lebih baik. Dan pengalaman juga mungkin dapat mengubah personaliti ataupun tabiat seseorang.

          Sebagai contoh, pengalaman aku tinggal di asrama sejak sekolah menengah dah menjadikan aku semakin pandai nak jaga diri apabila berada di tempat orang. Juga kerana pengalaman itulah aku dari seorang budak yang cerewet dan hanya makan ayam dah berubah menjadi seorang budak yang dah boleh nak makan sayur-sayuran dan ikan-ikan. Nampak macam poyo kan??? Tapi, itulah kebenarannya. 


          Apabila seseorang itu berada di sesuatu kawasan yang bukan kebiasaan bagi dirinya, secara automatiknya dia akan belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru tu. Orang tua-tua pernah berkata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Dari situlah, tabiat dia mula berubah sedikit demi sedikit. 

          Mungkin ada juga sesetengah orang mempunyai pengalaman yang sedih kan???


          Jangan takut atau trauma dengan pengalaman tu. Pengalaman sedih itu akan menjadikan kita lebih kuat dan tabah untuk dugaan yang mungkin lebih besar di masa akan datang. Ingat, Allah tak akan bagi hambanya dugaan yang di luar kemampuan, setiap dugaan tu bersesuaian dengan kemampuan hambanya.

          Pendek kata, belajar dari pengalaman dan ianya akan mematangkan kita.


- biNgO -






Wednesday, July 2, 2014

YOU ARE NOT ALONE...

Assalamualaikum again...baiklah, kali ni entri aku bertajuk ' You Are Not Alone '.  (AMARAN KERAS : SAMA SEKALI TIDAK BERKAIT DGN LAGU MICHAEL JACKSON) Macam biasa, sebelum mula aku selitkan sekeping gambar untuk tontonan. Taraaaa....!!!!!


    Apakah ' first impression ' korang masa tengok gambar nie?????


Kalau aku, my first impression ialah gambar laki yang sedang duduk dan nampak macam sedikit frust, mungkin sebab laki tu kesunyian. Korang??!!!?? Baiklah, let's straight to the point. Kali ini, aku nak story satu kisah kat korang. 

          Dalam hidup ni, tiada sesiapa yang sempurna. Bak kata Hannah Montana, 'nobody perfect, I gotta work it'. Hebat mana pun seseorang itu, tetap ada kelemahannya. Jadi, kita kenalah hargai satu sama lain. Kenapa??!!??? Sebab kita semua serupa. 

          Masa aku form 4, ada salah seorang classmates aku nie kadang-kadang suka buat perangai. Namakan dia BD. Biasalah tu, nama pun remaja, kan??? Dengan perubahan hormon lagi. Tapi, kesilapan yang sering dilakukan tu menyebabkan ada sesetengah cikgu yang memandang enteng kat BD. (memandang enteng = pandang rendah) Gara-gara ada cikgu yang macam tu telah membuatkan BD fikir yang semua orang tak suka dia. Termasuklah kawan kelas. Tapi, BD silap. Kawan-kawan BD tak pernah pun fikir macam tu. Kawan-kawan BD sedar yang BD sebenarnya terikut-ikut perangai budak nakal yang lain. Dan BD memang perlukan sokongan kawan-kawannya untuk menjadi lebih baik.

          Jadi, untuk memulihkan semangat BD yang kian pudar, kawan-kawan kelas BD dah buat satu plan sempena birthday BD. Masa hari kejadian, semua budak kelas tak dibenarkan untuk wish birthday kat BD. Emmm, apa lagi? Si BD mulalah terasa hati, ala-ala ' touching '. Masa prep petang, geng perempuan tolong masak makanan untuk birthday parti BD kat rumah cikgu kelas. Taw tak, geng perempuan masak dengan penuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh..Tak percaya???!!??? Tengoklah..

          Lagi satu, malam sebelum birthday BD nie, geng perempuan dah bersengkang mata sampai pukul 3 pagi gara-gara nak menyiapkan kad ucapan birthday untuk BD. Pukul 3 pagi???? Kad apanya????? Kad ni special sangat. Kad ni antara yang terunik yang aku pernah buat. Atas kad ni ada ucapan setiap orang dari kelas BD.


          BD memang terkejut gila dengan kejutan yang disediakan tu. BD ingat semua orang dah lupa kat dia. Untuk makluman, BD terharu gila dengan semua tu, siap bergenang air mata lagi. Lepas tu, BD janji depan semua budak kelas dia yang dia akan berubah dan dia sayang kami semua (ayat sayang tu kabur-kabur sikit,hehe). Masa BD buat janji tu, dia cakap dengan penuh perasaan dan semangat. Terharu lah juga classmates BD ni.


          Sayang seribu kali sayang, BD tak dapat nak kekalkan perubahan tu dan akhirnya dia dah berpindah sekolah. Harapnya BD jaga elok-elok kad ucapan tu. Penat gila kut buat. Emmm...Tak kisahlah kat mana pun BD tu sekarang, yang penting dia kena tahu yang walaupun dia dah pindah dan bukan lagi Khaldians. Tapi, percayalah Khaldians yang lain tak pernah lupakan dia dan mungkin ada yang sering mendoakan BD. Wallahualam. 

          Dan untuk sesiapa yang rasa seolah-olah situasinya seperti BD, aku ada pesanan. Jangan sesekali putus asa dengan keadaan sekeliling. Cuba tengok burung!! Macam mana pun situasi esok, burung-burung akan tetap bernyanyi...Macam mana pun situasi lusa, burung-burung tetap bernyanyi. Mungkin pada pandangan mata orang, ada salah dalam diri ini, tapi mungkin juga jauh ke dasar diri ini ada sesuatu yang belum ditonjolkan lagi. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Dan paling penting..!!!!!...

- biNgO -







Tuesday, June 24, 2014

Ta'aruf Time..!!

Credit to uncle Google
Assalamualaikum para pembaca (kalau adalah 'pembaca')...thank you kerana sudi bertandang ke hairuzlima.blogspot.com . I'm still a newbies dalam blogging world nie. Oklah, tak mau nak mukadimah panjang2, nanti bosan pula kan??

          Nama diberi Siti Zuriah. Sedapkan nama,hehe?? Masih lagi bertaraf seorang palajar yang sentiasa mendahagakan kekayaan ilmu. Aku ialah ex-Badlishah, ex-Merbokians dan ex-KMPPians. Anyone same with me???..put your hands up. Opps, lupa la, ni kan dunia maya bukan dunia realiti.. Mempunyai impian yang sangat besar..apakah ia???..RAHSIA,hehehe... Pernah menyimpan angan-angan untuk mempelajari bidang sastera tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. 

          Kalau masa di kolej, sometimes aku suka buat ayat puitis2 taw nk usik kawan. So, ada certain tu kata, " Ang ni budak sains ka sastera????". Macam mana boleh terminat sastera??? Alkisah bermula semasa di MRSM Merbok, kelas aku ada sorang cikgu BM nie, namanya Cikgu Rizal. Belajar BM dengan cikgu nilah yang SZ rasa paling best dalam banyak2 cikgu yang aku pernah ada. Berkat tunjuk ajar CIkgu Rizal, alhamdulillah BM aku masa SPM cemerlang A+,hehe.. Walaupun dah 2 tahun dah abis SPM, tapi semua kertas karangan masih tersimpan rapi bersama aku. Insya Allah, aku akan pinjamkan kertas2 tu kat my niece. She will be sitting for SPM next year. Hopefully, dapatlah membantu dia sedikit sebanyak.

Alamak..!!!!..dah terkeluar dari landasan la...sorry ye!!..apa2 pun, insya Allah aku akan lebih kerap mengupdate post2 in the future..dah habis baca nie,jangan lah lupa follow na..until we meet again, bye!!!!
-biNgO-