Thursday, February 15, 2018

Pengalaman Praktikal di MARDI Seberang Perai

Dari zaman first year sampai third year, cuti semester tak pernah betul-betul cuti di rumah. Cuti semester tahun 3 yang lalu, para pelajar Biologi telah menjalani latihan praktikal selama 2 bulan. Aku mendapat tempat di MARDI Seberang Perai bersama-sama dengan tiga rakan lagi. MARDI Seberang Perai sebenarnya terletak di kawasan Bertam Perdana, Kepala Batas. Aku dan dua orang rakan duduk di rumah sewa manakala seorang lagi berulang-alik dari rumah ke MARDI ini.

MARDI Seberang Perai memfokuskan kepada penyelidikan padi. Kat sana terdapat 10 blok tanah sawah yang menjadi tempat kajian berkenaan padi. Semasa praktikal, masing-masing ditugaskan kepada penyelia masing-masing. Kebetulan, aku dan seorang rakan ditugaskan kepada penyelia yang sama iaitu Encik Shamsul Amri. Penyelia kami merupakan pegawai penyelidik untuk bidang baikbaka iaitu breeding. Rupa-rupanya Encik Shamsul ialah bekas pelajar Botani dari USM juga. Pokoknya, situasi kami ni seumpama reunion senior-junior gitu.

Our supervisor

Para pekerja di situ diberi pilihan untuk memulakan tugas sama ada bermula 7.30 , 8.00 ataupun 8.30 pagi. Kebanyakannya memulakan kerja pada waktu 7.30 pagi terutama untuk pekerja ladang yang akan turun ke sawah pada waktu pagi. Waktu bekerja kami bermula daripada 7.30 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat, waktu bertugas hanyalah separuh hari iaitu bermula 7.30 sehingga 12.30 tengah hari. Oh ya, pelajar praktikal pun kena punch card ok! So, aura pekerja tu terasa lah sikit.

Skop tugasan kami sepanjang di sana adalah melibatkan diri dengan kerja di sawah, mengumpul data pertumbuhan padi, membantu melaksanakan crossing padi dan melibatkan diri dengan eksperimen aroma yang sedang dijalankan oleh Encik Shamsul. Skop tugasan kami berdua mungkin berbeza dengan dua lagi rakan kerana penyelia masing-masing mempunyai bidang penyelidikan yang tersendiri. Menjalani latihan praktikal di sana lebih banyak menggunakan tenaga berbanding minda. Tenaga yang dikerah selepas bekerja sepanjang hari agak memenatkan sedikit. Tapi macam yang kak Ida selalu sebut, "Lama-lama biasalah tu".



Menjalani latihan praktikal di MARDI Seberang Perai telah memberi peluang untuk aku mengenali lebih ramai orang. Aku berpeluang merasakan pengalaman bekerja dan yang paling penting pengalaman bekerja di tengah sawah. Ketika bulan kedua, pensyarah dari USM telah melawat kami di MARDI Seberang Perai. Kami berempat telah membuat pembentangan berkenaan aktiviti sepanjang praktikal. Selain lawatan ini, setiap pelajar perlu menyiapkan buku log yang diisi secara harian dan laporan akhir latihan industri. Dua item ini perlu dihantar kepada pensyarah selepas tamat latihan industri. Pihak MARDI turut mewajibkan pelajar praktikal untuk menulis laporan akhir berpandukan format yang ditetapkan oleh pihak MARDI. Laporan itu perlu dihantar dalam bentuk softcopy kepada ibu pejabat MARDI dan penyelia masing-masing.

Kak Nah, Abg Latip, Cik Ad, Am

Kak Ida, Shun, Abg Yeop, Abg Harun, Abg Zaid, Kak Mah

Untuk hampa yang mungkin akan praktikal di sana, sila bawa sepersalinan pakaian untuk ditukar selepas selesai melakukan kerja di sawah. Kerja di tapak sawah membolehkan anda untuk berpeluh sehabis mungkin dan pakaian mungkin kotor sedikit. Jangan segan sebab semua pekerja ladang memang akan membersihkan diri selepas selesai kerja di sawah. Ada bilik mandi berserta shower yang disediakan untuk kegunaan pekerja.

Sepanjang dua bulan di MARDI Seberang Perai, banyak yang telah aku pelajari. Latihan praktikal memang membantu pelajar untuk melihat sendiri suasana di tempat kerja. so, kalau hampa mendapat peluang untuk praktikal, manfaatkan ok?..


-biNgO-

8 comments:

  1. Assalamualaikum ... Hai nak tnya mostly LI kat situ pakai bju kurung ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there..sorry takes such a long time..I'm not sure if my answer gonna help or not, maybe u done with ur LI...LI situ kna pakai outdoor attire since mostly buat kerja kat field.

      Delete
  2. Hai. Saya nak tanya sama ada kita boleh pilih cawangan Mardi untuk praktikal atau pihak Mardi yang tetapkan?

    ReplyDelete
  3. Hai nak tanya praktikal usm tu semasa cuti 3 bulan semester 3 tu ke?

    ReplyDelete
  4. Hai, saya nak tanya. Macam mana awak apply untuk intern di MARDI seberang perai ya ? Awak email kpd siapa ? Boleh sy tahu alamat emailnya ?

    ReplyDelete
  5. Saya student di cosmopoint kolej. Ambik bahagian e-secteryship. Boleh ke saya biat practical di mardi?

    ReplyDelete
  6. Haiii saya nak berhubung dengan sis. If u dont mind,can i have your email??

    ReplyDelete
  7. salam, untuk diploma boleh mohon ke?

    ReplyDelete