Friday, January 9, 2015

AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA?



Olla..Assalamualaikum!!!
Kali ni SZ bukan nak buat entri tapi sekadar nak meluahkan apa yang terlintas di benak fikiran ini. Alkisah bermula….



     Kadang-kadang, ada yang pernah tanya pada SZ, “Ang ada blog ka?” , “Ada ka orang baca blog ang wei,tengok tak da apa pun”. Pada saat soalan cepumas sebegini yang ditanya, SZ cuma senyum dan kata “ Aku tak keraplah update, aku bukan target nak jadi blogger famous-famous tu pun “. Yes, it is true! Mula-mula SZ kenal, tahu dan buat blog masa form 3. Waktu tu, cikgu kelas Komputer yang wajibkan setiap pelajar buat blog masing-masing. So, I just do it. At last, blog tu dibiarkan macam tu saja sampailah SZ habis matrik. 

     Lepas tu, baru SZ customize kan elok-elok blog ni, cari nama yang sesuai dan baru mula meng’update’ entri sikit demi sedikit. Pada rancangan asalnya, SZ nak jugalah blog ni boleh muncul kat enjin carian. Tapi, untuk muncul kat enjin carian tu, paling koman, setiap minggu kena post entri. Memandangkan SZ masih seorang student U dan kekangan masa menyebabkan SZ tak dapat nak selalu post entri kat blog. Setakat ni, cuma kawan-kawan SZ yang menjadi pembaca untuk ! SITI ZURIAH'S ! .


     Mana ada blogger yang tak suka follower kan??? Aku pun sama. Cuma, untuk permulaan ni aku lebih banyak menulis entri-entri untuk mendapatkan kepuasan menulis. Aku pernah terbaca satu blog ni yang katanya bila buat blog ni kena ada ‘niche’ blog tu sendiri. But for me, I’ll just write anything that come across my mind as I said I love writing. Bidang penulisan is one of my passion and I really love it. 
     
     Sebab itu, untuk mula-mula ini, aku tak meletakkan harapan yang tinggi sebab aku sedar blog ni masih tak standing dengan blog-blog yang aku pernah visit. Thus, aku cuma harap kalau ada yang membaca entri-entri aku ni, harap-harap dia terhibur. In shaa Allah, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu atas kesilapan aku sendiri. Bye! Bye!




-biNgO-

No comments:

Post a Comment