Wednesday, September 2, 2015

BELAJAR BIOLOGI DI USM :)

Assalamualaikum..olla!!!

Emmm..kejap ja aku dah nak masuk tahun ke 2 kat USM sebagai pelajar bidang Biologi. Minggu ni pelajar baru dah masuk dan maka bermulalah minggu orientasi sidang kemasukan 2015/2016. Haha..teringat pula masa zaman orientasi dulu. 

Oklah..post kali ni nak share sikit berkenaan apa yang aku dah belajar sepanjang setahun belajar Biologi. Untuk pengetahuan hampa, bermula dari sidang kemasukan 2015/2016, kursus Biologi dah ditukar menjadi program 4 tahun untuk kedua-dunya sekali, Biologi Tulen dan Biologi Gunaan. Sebelum batch aku, depa program 3 tahun ja. 

Apa motif USM tukar jadi 4??? 

Entahlah, kami pun tak sure. Untuk program 4 tahun, korang akan masuk major pada tahun ke-3. So, 2 tahun belajar basic knowledge dan 2 tahun belajar major.




Antara silibus Biologi pada tahun pertama ialah:-

  • BIODIVERSITY

Untuk kuliah ni, macam yang belajar waktu sekolah menengah dan matrik juga. Korang akan belajar berkenaan Classification of Animals and Plants. Yang ada Kingdom, Domain semua tu lah. Waktu nilah korang akan jumpa nama saintifik yang panjang-panjang dan ada certain yang agak rare. Cuma yang level U ni, belajar mendalam sikitlah.

  • ECOLOGY

This is my favourite,hehe. Kuliah Ecology ni belajar pasal nature and more to process. Type of competition, Carbon Cycle, Energy Flow. Kebetulan masa batch aku, mula-mula dapat Prof Mashoor which is one of researcher yang buat kajian pasal orang utan. So, masa class Prof ni, mostly akan dgr pasal orang utan ja dan siap ada trip lagi pergi Orang Utan Island kat Bukit Merah. Pokoknya, class ni best. So, enjoy yourself.

  • ORGANIC CHEMISTRY

Since nama pun Chemistry, memang belajar Kimia lah. Organic Chemistry ni belajar pasal element yang based on carbon and hydrogen macam alcohol and etc. Hehehe, aku memang tak suka sangat kimia. Basically, orang kata organic is better than inorganic tapi aku tak score pun subjek ni..hehe

  • KEUSAHAWANAN

Ok..class ni antara yang heaven sebab kuliah kat DTSP dan seminggu sekali saja. Class ni nanti kena buat jualan. Lepas tu kena present hasil jualan sekali dengan kira-kira sebagai salah satu carry mark untuk subjek ni. Apa halnya belajar keusahawanan pula ni?!?!?!?! Haha..lek lu..jgn risau, semua student USM wajib ambil subjek ni sebagai syarat wajib universiti.

  • BIODIVERSITY AND ECOLOGY PRACTICAL

Ni bukan kuliah ye. Ni ialah amali yang pelajar Biologi perlu jalani semasa cuti semester. Jangan risau, amali ni ambil masa dua minggu sahaja. Satu minggu, pelajar akan buat amali dalam makmal kat USM dan satu lagi minggu tu amali kat CEMACS yang terletak di Teluk Bahang. CEMACS tu tempat penyelidikan milik USM. Selepas selesai semua amali akan ada exam pada hari terakhir. Soalan objektif sahaja dan lepas tu bolehlah sambung cutiiiiii….

  • GENETIC

Hehehe..Ni pun my favourite juga. Nama pun genetic so maknanya belajar benda-benda yang related to genetic and heredity la. Contoh yang paling femes la, benda ni dari zaman sekolah lagi dah ada dan salah satu fundamental dalam bindang genetic. 

Apakah?!?!....

Mendel’s Law..yang ada kacang tu. Kat USM, class ni ada amali yang mana student akan buat experiment yang berkait dengan Drosophila Melanogaster atau nama biasanya kita sebut LALAT. Jangan pandang rendah taw kat lalat ni. Masa lab tu lah, korang akan kenal dengan lebih mendalam siap belajar lagi yang mana jantan yang mana betina. Awesome kan??? Well, that’s Biology beb.

  • CALCULUS

Calculus is under mathematic and to be more specific, it is related to differentiation and integration. Calculus ni selalunya antara subjek killer tapi sebab calculus yang pelajar Biology belajar hanyalah lebih kepada calculus yang level rendah, so in shaa Allah boleh la score. Tapi untuk calculus, kalau dapat B tu pun dah kira daebak la, alhamdulillah.

  • INORGANIC CHEMISTRY

So, we’re back to chemistry again. Inorganic ni belajar pasal inorganic element dan antara topiknya macam Hybridization of Molecule, VSEPR Theory, Law of Proportion and etc. Subjek ni pun killer jugak lah. My advice, please and please study hard and understand the application. That’s it.

  • TITAS

Taraaaaa..selamat datang ke kelas yang akan membincangkan soal ketamadunan dunia. So, boleh agak la kut kan,  kuliah TITAS ni lebih kurang macam sejarah lah. Korang akan belajar aspek-aspek ketamadunan dan isu-isu kontemporari tamadun.

  • ENGLISH & BAHASA MELAYU

Satu fakta yang korang perlu tahu, bila dah masuk universiti yak semestinya tak belajar bahasa dah. Macam kat USM, untuk kelas bahasa Inggeris, ada beberapa level yang pelajar perlu ambil. Rasanya korang akan lebih faham masa sesi penerangan daripada pihak Pusat Pengajian Bahasa ketika minggu orientasi nanti. Untuk bahasa Melayu pula, para pelajar kena ambil sekali sahaja.


Konklusinya, silibus sidang 2014/2015 dah berbeza dengan sidang-sidang sebelumnya. So, kalau nak pinjam buku tu boleh tapi kena tengok elok-elok la sebab apa yang depa belajar dah lain sikit dari kita. Whatever it is, just relax and your mind and please be ready physically and mentally to go through the university life. 

Last but not least, Welcome to USM and Welcome to School of Biological Sciences!!!!



-biNgO-

3 comments:

  1. Salam Sejahtera,saya nak apply program ini kat upu....cgpa berapa yang boleh apply kak?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera..masa akak dulu syaratnya 3.50..tapi tetap bergantung kat rezeki lah. Boleh try check http://upu.semaksyarat.info/ ..rajin2lah usya website upu untuk dapat maklumat terkini.

      Delete
  2. salam sejahtera,nak tanya biologi gunaan similar tak dengan biologi ?
    ade aquatik biologi juga ke tak ade?
    sebab saya nampak ade 5 major pilihan,nak belajar lima2 tau pilih je berapa?

    Terima kasih

    ReplyDelete