Thursday, January 8, 2015

YOURS ARE YOURS..MINE IS MINE

Olla..Assalamualaikum. Akhirnya, dapat juga update blog ni. Rasanya dah hampir setengah tahun SZ tak update blog ni.

‘ YOURS ARE YOURS..MINE IS MINE ‘…Apa yang ‘YOURS’? Apa yang ‘MINE’? Nak tahu????!!??? Teruskan membaca ye.




Baiklah, tujuan entri kali ini adalah untuk mencapai learning outcomenya iaitu… (bohong ja..ignorekan baris ni)

     Baiklah, tujuan entri kali ini adalah untuk membantu adik-adik, abang-abang atau kakak-kakak yang masih terkapai-kapai untuk membuat pilihan. Pilihan apa? KAHWIN ka??!!!! Bawa bertenang ye, bukan bab kahwin. Ulang suara, bukan bab kahwin ye. Pilihan yang akan menentukan corak masa depan anda semua. Selepas SPM, ada yang akan masuk ke kolej matrikulasi, tingkatan 6 ataupun ke peringkat diploma. Aku bukan nak membanding bezakan ketiga-tiga peringkat ni sebab kalau cari kat Google, dah banyak sangat pun yang menceritakan pro dan kontra ketiga-tiga peringkat ni. Cuma apa yang aku nak berceloteh kali ini adalah ‘ JANGAN SILAP MEMBUAT KEPUTUSAN ‘ dan ‘ BUATLAH KEPUTUSAN SENDIRI ‘. Kalau mat saleh, dia cakap. ‘ Make your own choice’.


     Keputusan yang dibuat pada saat ini akan menentukan corak perjalanan anda semua pada hari kemudian. Buatlah apa sahaja keputusan berdasarkan minat diri sendiri dan bukan sekadar mengikut telunjuk orang lain. Untuk melakukan sesuatu perlu ada minat baru ianya menjadi. Ada satu iklan kat TV sebut, ‘ JADIKAN MINAT ANDA SATU KERJAYA ‘.



     Perjalanan hidup setiap orang berbeza. Lain padang, lainlah belalangnya. Sebelum membuat sebarang keputusan, ambil kira semua aspek supaya tak tersilap dalam membuat keputusan. Dalam usaha nak membuat keputusan tu, rujuklah pada orang yang terlebih dahulu makan asam garam kehidupan. Siapa lagi kalau bukan orang tua kita ataupun saudara-mara yang jauh lebih tua. Mereka ini jauh lebih berpengalaman dengan arus kehidupan ini. Tetapi, hati manusia mudah berubah tambahan kalau dengar ada orang lain kata yang ini bagus, yang itu tak sangat. Mulalah berubah hati, nak tukar pendirian. Sebenarnya, untuk part ni, kita kena ada pendirian sendiri dan tetapkan pendirian tu dan jangan berubah seperti lalang yang berubah mengikut angin yang bertiup. Apabila kita dah ada pendirian yang tetap, barulah dapat membantu kita dalam membuat keputusan. 

     Ingat!!!..salah satu ciri orang yang gagal ialah orang yang tidak tetap pendirian. Akhir kata, jangan jadi macam lalang yang selalu berubah arah tapi jadilah macam pokok yang kuat yang ada buttress root, sentiasa berdiri teguh dalam apa jua situasi. (part ‘ buttress root ‘ tu sorry lah ye, terbawa-bawa biologi sikit..hehe)





- biNgO -

No comments:

Post a Comment