Wednesday, July 2, 2014

YOU ARE NOT ALONE...

Assalamualaikum again...baiklah, kali ni entri aku bertajuk ' You Are Not Alone '.  (AMARAN KERAS : SAMA SEKALI TIDAK BERKAIT DGN LAGU MICHAEL JACKSON) Macam biasa, sebelum mula aku selitkan sekeping gambar untuk tontonan. Taraaaa....!!!!!


    Apakah ' first impression ' korang masa tengok gambar nie?????


Kalau aku, my first impression ialah gambar laki yang sedang duduk dan nampak macam sedikit frust, mungkin sebab laki tu kesunyian. Korang??!!!?? Baiklah, let's straight to the point. Kali ini, aku nak story satu kisah kat korang. 

          Dalam hidup ni, tiada sesiapa yang sempurna. Bak kata Hannah Montana, 'nobody perfect, I gotta work it'. Hebat mana pun seseorang itu, tetap ada kelemahannya. Jadi, kita kenalah hargai satu sama lain. Kenapa??!!??? Sebab kita semua serupa. 

          Masa aku form 4, ada salah seorang classmates aku nie kadang-kadang suka buat perangai. Namakan dia BD. Biasalah tu, nama pun remaja, kan??? Dengan perubahan hormon lagi. Tapi, kesilapan yang sering dilakukan tu menyebabkan ada sesetengah cikgu yang memandang enteng kat BD. (memandang enteng = pandang rendah) Gara-gara ada cikgu yang macam tu telah membuatkan BD fikir yang semua orang tak suka dia. Termasuklah kawan kelas. Tapi, BD silap. Kawan-kawan BD tak pernah pun fikir macam tu. Kawan-kawan BD sedar yang BD sebenarnya terikut-ikut perangai budak nakal yang lain. Dan BD memang perlukan sokongan kawan-kawannya untuk menjadi lebih baik.

          Jadi, untuk memulihkan semangat BD yang kian pudar, kawan-kawan kelas BD dah buat satu plan sempena birthday BD. Masa hari kejadian, semua budak kelas tak dibenarkan untuk wish birthday kat BD. Emmm, apa lagi? Si BD mulalah terasa hati, ala-ala ' touching '. Masa prep petang, geng perempuan tolong masak makanan untuk birthday parti BD kat rumah cikgu kelas. Taw tak, geng perempuan masak dengan penuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh..Tak percaya???!!??? Tengoklah..

          Lagi satu, malam sebelum birthday BD nie, geng perempuan dah bersengkang mata sampai pukul 3 pagi gara-gara nak menyiapkan kad ucapan birthday untuk BD. Pukul 3 pagi???? Kad apanya????? Kad ni special sangat. Kad ni antara yang terunik yang aku pernah buat. Atas kad ni ada ucapan setiap orang dari kelas BD.


          BD memang terkejut gila dengan kejutan yang disediakan tu. BD ingat semua orang dah lupa kat dia. Untuk makluman, BD terharu gila dengan semua tu, siap bergenang air mata lagi. Lepas tu, BD janji depan semua budak kelas dia yang dia akan berubah dan dia sayang kami semua (ayat sayang tu kabur-kabur sikit,hehe). Masa BD buat janji tu, dia cakap dengan penuh perasaan dan semangat. Terharu lah juga classmates BD ni.


          Sayang seribu kali sayang, BD tak dapat nak kekalkan perubahan tu dan akhirnya dia dah berpindah sekolah. Harapnya BD jaga elok-elok kad ucapan tu. Penat gila kut buat. Emmm...Tak kisahlah kat mana pun BD tu sekarang, yang penting dia kena tahu yang walaupun dia dah pindah dan bukan lagi Khaldians. Tapi, percayalah Khaldians yang lain tak pernah lupakan dia dan mungkin ada yang sering mendoakan BD. Wallahualam. 

          Dan untuk sesiapa yang rasa seolah-olah situasinya seperti BD, aku ada pesanan. Jangan sesekali putus asa dengan keadaan sekeliling. Cuba tengok burung!! Macam mana pun situasi esok, burung-burung akan tetap bernyanyi...Macam mana pun situasi lusa, burung-burung tetap bernyanyi. Mungkin pada pandangan mata orang, ada salah dalam diri ini, tapi mungkin juga jauh ke dasar diri ini ada sesuatu yang belum ditonjolkan lagi. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Dan paling penting..!!!!!...

- biNgO -







No comments:

Post a Comment