Assalamualaikum...percaya tak kalau aku kata pic atas ni masa aku kat oversea????.. hehehe..tak lah..ni pic pokok-pokok kat KMPP yang akan mengeluarkan bunga yang iras-iras dengan bunga sakura..limited edition taw pokok ni. Bunga cuma akan berkembang masa bulan April, kalau tak silap lah dan bunga tu cuma mekar selama seminggu. Emmm, unik kan????
Ok, tak mau dah mukadimah panjang-panjang. ' Pengalaman Mematangkan Diri ' . Sejauh manakah kebenarannya???? hahaha, macam forum la pula. Aku akan kata ' Ya ', pengalaman memang mematangkan diri kerana kita sentiasa belajar daripada pengalaman. Tak kisah la pengalaman yang baik atau buruk. Setiap pengalaman yang terjadi sebenarnya menjadikan diri kita untuk lebih peka supaya kita boleh menjadi lebih baik. Dan pengalaman juga mungkin dapat mengubah personaliti ataupun tabiat seseorang.
Sebagai contoh, pengalaman aku tinggal di asrama sejak sekolah menengah dah menjadikan aku semakin pandai nak jaga diri apabila berada di tempat orang. Juga kerana pengalaman itulah aku dari seorang budak yang cerewet dan hanya makan ayam dah berubah menjadi seorang budak yang dah boleh nak makan sayur-sayuran dan ikan-ikan. Nampak macam poyo kan??? Tapi, itulah kebenarannya.
Apabila seseorang itu berada di sesuatu kawasan yang bukan kebiasaan bagi dirinya, secara automatiknya dia akan belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru tu. Orang tua-tua pernah berkata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Dari situlah, tabiat dia mula berubah sedikit demi sedikit.
Mungkin ada juga sesetengah orang mempunyai pengalaman yang sedih kan???
Jangan takut atau trauma dengan pengalaman tu. Pengalaman sedih itu akan menjadikan kita lebih kuat dan tabah untuk dugaan yang mungkin lebih besar di masa akan datang. Ingat, Allah tak akan bagi hambanya dugaan yang di luar kemampuan, setiap dugaan tu bersesuaian dengan kemampuan hambanya.
Pendek kata, belajar dari pengalaman dan ianya akan mematangkan kita.
- biNgO -
No comments:
Post a Comment