Wednesday, January 17, 2018

Sepetang di The Table Penang

Tiga dara dalam perjalanan pulang ke USM dari Sungai Petani..Aku dan dua orang rakan lagi. Kami pulang dari melawat tempat latihan praktikal kawan aku yang lagi dua orang tu. Semasa di atas jambatan, salah seorang kawan aku menyuarakan hasratnya untuk mengajak kami singgah makan sebelum sampai ke USM. Ke manakah??? Jeng jeng jeng..

Alamak..termasukkan upin ipin pula
Tq google
Kami bertiga pergi ke salah sebuah kafe yang vogue di Georgetown iaitu The Table Penang. Kafe ini terletak di antara deretan kedai di Georgetown. Kalau nak pergi, mohon aktifkan google maps ataupun waze anda. Aku agak konfius dengan kawasan Georgetown ni sebab semua bangunan kelihatan hampir sama. So, masa pergi hari tu, kami memang bergantung kat google maps ja.


Kafe The Table dibuka bermula daripada pukul 6 petang. Kami temui kedai tu pukul 5.50 petang. Oleh sebab terawal 10 minit, kami bertiga pun berehat sebentar di dalam kereta. Tepat pukul 6, kami bergerak menuju ke kafe tersebut. Dari luar kelihatan macam kecil, tetapi sewaktu menjejakkan kaki ke dalam rupa-rupanya ada ruang yang lebih luas di dalamnya. Dekorasi kafe ini sangat menarik dan comel. Tak percaya?? Tengok bawah ni!


Nampak tak mesej tersembunyi kat papan tu?


The Table ini menyajikan makanan western. Aku order fish n chip dan chocolate drink. Konklusinya, kedua-dua menu itu menepati citarasa aku.

Fish n chip & Chocolate drink

Kreatif kan?
Seandainya anda mencari kafe western food yang mempunyai suasana yang ceria dan hidup, bolehlah berkunjung ke The Table ini. Disebabkan citarasa setiap orang berlainan, jadi jangan kecil hati ye kalau makanan situ tak menepati kriteria anda. Zaijian!


-biNgO-




Throwback : Pencarian Air Terjun dan Lukisan Tun M.

Pada suatu petang, lima pelajar yang bosan inckuding me@aku telah membuat keputusan untuk makan angin sekitar USM Pulau Pinang. Perjalanan kami telah membawa kami ke Air Terjun Titi Kerawang. First time aku sampai ke situ. Nampak ja signboard ada tulis air terjun, mavam-macam gambaran dah bermain kat minda ni.

Ni salah satu gambarannya..
Tq google
Air Terjun Titi Kerawang terletak di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Air terjun ni terletak di tepi jalan raya. Kawasan masuknya betul-betul di tepi selekoh tajam. Rasanya orang Penang dapatlah membayangkan jalan di Balik Pulau tu macam mana. Kereta diparkir di bahu jalan. Kena pandai-pandai parkir lah ye. Sebelum nak masuk ke entrance air terjun ni, ada beberapa gerai penduduk di kiri dan kanan bahu jalan. Kedai yang dibina menggunakan buluh, yang macam kadang-kadang kat tepi jalan nak ke Cameron tu. Harapnya ampa boleh bayangkanlah.

Tq google
Nasib tak menyebelahi kami sebab air terjun kat situ hampir kering kerana cuaca yang panas waktu itu. Taklah kering sepenuhnya sebab kat kawasan tengah air terjun tu masih ada air yang bertakung. Wrong timinglah singgah ni, adoyai!! Rata-rata yang singgah ke situ pun tak mandi, sekadar menikmati pemandangan hijau di sana. Apa lagi, kami pun tak melepaskan peluang bergambar, alang-alang kat kawasan air terjun.



Perjalanan pada hari itu sangat tak diduga. Tak disangka-sangka, kami berlima sampai ke Alor Setar. Pada waktu itu, lukisan dinding di Alor Setar sedang famous. Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang..Eh, ternyanyi pula! Apa lagi yang nak ditunggu, kami pun google lokasi lukisan tu. Alhamdulillah, kami menemui lukisan dinding Tun Dr. Mahathir dan kereta Proton. Nak mencari tu agak susah sebab lukisan di dinding kedai dan agak tersorok daripada jalan utama.


Disebabkan jati diri sebagai pelajar masih ada, setelah menghabiskan masa di Alor Setar, kami bergerak pulang ke USM tercinta. Sebenarnya waktu tu dah cuti semester. Kami berlima tak pulang ke rumah kerana terlibat dengan projek NRIC di USM. NRIC??? Kalau sempat nanti aku tulis post berkenaan NRIC pula. So, stay tuned ok!

-biNgO-



Monday, January 15, 2018

Throwback : Konvo + Frog Hill

Lebih kurang 6 bulan lagi akan tamatlah pengajian aku kat USM ni. Lantaran itu, ayuhlah kita throwback segala kenangan. Kenangan tujuannya untuk dikenang dan lagi manis kalau dapat dikongsi. So, let's start!
Tq google


Untuk post kali ni, dimulakan dengan kisah konvo sis Ila dan penggembaraan ke Frog Hill @ Bukit Katak. Hari tu, aku dengan beberapa orang lagi kawan pergi ke Politeknik Kulim. Kami nak meraikan sis Ila yang akan konvo kat situ ari tu. Dah namanya nak pergi majlis konvo, jadi semua berpakaian formal lah, padahal kami tak masuk dewan pun. Acah ja lebih. Seronok tengok orang pakai jubah konvo. Tak sabar pula nak sarung jubah sendiri nanti.


Selesai ja majlis konvo tu, Ila balik ke USM naik kereta bersama-sama kami. Relax dulu. Takkan nak balik terus kan?? Alang-alang dah keluar tu, kami memanfaatkanlah  kereta yang dah disewa tu.

Ke manakah??? Ke Frog Hill!!!! Masa tu, Frog Hill tengah viral kat facebook sebab warna air yang biru gila. Nak mencari tempat tu hampir sesat juga lah. At last, kami tanya kat orang kampung yang berselisih dengan kereta kami. Rupa-rupanya penduduk sekitar tu panggil tempat tu dengan nama Melayu iaitu Bukit Katak. Akhirnya, sampailah kami di Frog Hill.. 

Oh ya, Frog Hill ni terletak di Tasek Gelugor. Berdekatan dengan kawasan Guar Petai. Frog Hill agak tersorok sikit ke dalam. Nak sampai ke lokasi tu, kena melalui jalan tanah merah. Frog Hill sebenarnya ialah bekas tapak kuari. Sebab itu warna air menjadi warna biru yang menyebabkan lokasi ni viral sampai ke Facebook. Tindak balas kimia dari sisa-sisa kuari lah yang menyebabkan air bertukar warna. Disebabkan ada unsur sisa kimia, tak payahlah nak berendam dalam tasik tu. Nanti bagi kesan kat kulit. Mencegah sebelum merawat, ok?


Disebabkan namanya ada perkataan 'Hill', so memang ada bukitlah. Kalau nak dapatkan port gambar yang lawa macam gambar yang atas ni, kena panjat sikit. Untuk part ni, kena berhati-hati takut ada yang tergelincir. Plan nak ke Frog Hill ni tak dirancang pun, dan pakaian yang dipakai ke majlis konvo tu memang tak sesuai untuk panjat-memanjat ni. Tetapi disebabkan kegigihan ni berkobar-kobar, akhirnya selamat juga mendaki walaupun ada yang berbaju kurung dan aku pula memakai skirt labuh. I guess its girl power, right? Hehehe..


Dapat menjejaki kaki ke Frog Hill merupakan satu kepuasan untuk kami berenam. Dapat melihat sendiri keindahan yang digembar-gemburkan di facebook. Dengan itu, berakhirlah hari kami untuk kali ni. Ke manakah pula selepas ini? Stay tuned!
-biNgO-

Sunday, January 14, 2018

Budak Botani USM Jalan-jalan ( Episod 2 )

Aloohaaa..Kembali bertemu lagi, di rancangan yang sama bersama saya. (dah macam tv show kan..hahahaha)

Post ini adalah sambungan dari Budak Botani Jalan-jalan ( Episod 1 ).

Kali ni, kita sambung berkenaan lawatan sambil belajar student Botani. Kami turut mengikuti lawatan sambil belajar ke Hutan Paya Laut Matang. Tahu tak Matang tu kat mana? Matang terletak di Perak. Maklumat lanjut tanya Mr. Google ok. Satgi cerita jadi post geografi pula. Hehehehe. Lawatan ini pula dibawa oleh pensyarah subjek 'Tropical Plant Ecology' iaitu Dr. Foong. Kelas ni terdiri daripada pelajar Botani dengan sekumpulan pelajar daripada major Environment. Sebab tu macam ramai ja dalam gambar ni.


Tujuan lawatan ini untuk pendedahan berkenaan kepentingan hutan paya terhadap ekologi. Selain itu, Dr. Foong memperkenalkan tumbuhan hutan paya bakau yang kami pelajari dalam kelas. Lawatan ini bukan saja-saja na, ada tugasan yang perlu dilengkapkan. Dr. Foong telah memberi penerangan isu berkenaan hutan paya sewaktu di sana dan para pelajar perlu mencatat dan menyelesaikan soalan yang diberi berdasarkan penerangan yang diberi. Sewaktu dalam perjalanan pulang, kami singgah ke kilang pembuatan arang. Arang di situ menggunakan sumber pokok-pokok dari kawasan bakau.



Untuk subjek yang sama tapi bersama dengan pensyarah yang lain iaitu Dr. Nurul Salmi, para pelajar dibawa ke The Habitat yang terletak di Bukit Bendera.


Sebelum ni, tak pernah tahu pun kewujudan tempat tu, hehehe.. Di The Habitat, kami mengikuti trail track yang disediakan. Sepanjang trail tu, ada staf yang ditugaskan untuk memberi penerangan tentang setiap tumbuhan dan haiwan yang ditemui.

Next!!!

Asyik dalam utara ja jalan-jalan kan??

Tq google!
So, kali ni kami mengikuti lawatan sambil belajar ke FRIM dan Putrajaya Wetlands Park. FRIM ialah 'Forest Research Institute Malaysia' terletak di Kepong. Lawatan ini masih di bawah subjek yang sama macam lawatan ke Matang tu cuma dibawa oleh pensyarah yang berbeza. Untuk lawatan ni, dicadangkan oleh Dr. Nurul Salmi. Di Putrajaya Wetlands Park, ada staf yang ditugaskan untuk membawa kumpulan kami dan memberi penerangan. Di FRIM, ada beberapa slot. Antaranya, mendengar ceramah berkenaan projek FRIM, melawat Arboretum.



Arboretum??? Apakah itu??
Arboretum ialah koleksi hidup tumbuhan-tumbuhan. Maknanya pokok-pokok yang ditanam sebagai koleksi hidup dan dilindungi. Kat FRIM kami dapat melihat dengan mata sendiri pokok-pokok Dipterocarp yang selama ni hanya dapat didengar daripada mulut para pensyarah. Rasa kagum dengan ciptaan Tuhan. Subhanallah!

Kalau berminat nak tahu dengan lebih mendalam berkenaan Arboretum ni, aku bagi link FRIM. Klik SINI . Bolehlah usya2..

Untuk pengetahuan hampa, lawatan ke FRIM dan Putrajaya tu hampir keseluruhannya diurus oleh pelajar Botani sendiri. Dr. Nurul Salmi memberikan cadangan dan pelajar Botani diberi kepercayaan untuk uruskan. Urusan surat-menyurat, penyewaan bas, penginapan, makan-minum semunya atas kerjasama pelajar Botani dan pelajar yang mengambil subjek ni. Hebat kan?? Apa yang penting?? Kerjasama..Oh yeah!



Sekian, setakat ni ja kisah Budak Botani Jalan-jalan...

-biNgO-

Budak Botani USM Jalan-jalan ( Episod 1 )

Test mic..123!!..

Akhirnya, seperti yang dijanjikan berzaman dulu kala, kali ni aku akan story pasal trip student Botani sepanjang tahun 3. Sebelum sesi bercerita dimulakan, jom tengok dulu senarai paper yang student Botani tahun 3 kena ambil kat USM ni.

Secara amnya, ada 3 jenis subjek kena ambil iaitu subjek teras, subjek elektif dan subjek pilihan/minor. Untuk post ni, aku sekadar share berkenaan subjek teras. yang lain tu bergantung kat student tu lah subjek apa yang dia prefer. Ok? *kenyitmatasikit

Untuk pelajar major Botani di USM ni, ketika tahun 3 ada 5 subjek yang kena ambil, macam gambar yang kat bawah ni.


"5 subjek???? Banyaknyaaa.." Gelabah la tu kannnn?? Hahahaha..Bawa bertenang okay. kelima-lima subjek tu bukannya ambil sekaligus satu semester. Ada yang ditawarkan untuk semester 1 dan ada yang ditawarkan semester 2. Macam aku, 2 subjek yang kat atas tu aku ambil waktu semester 1 dan yang lain waktu semester 2. Jangan risaulah, USM tak kejam aih nk suruh belajar semua tu sekali dalam tempoh 6-5 bulan.
Tq google!

Maklumat lanjut tentang setiap subjek tu, ampa google lah na, hehehe. Yang pentingnya, semua subjek tu memang berkenaan tumbuhan lah ye. Nama pun botani kannn. Kalau nak cerita setiap satu, macam panjang pula post ni.

Okay, kembali kepada tujuan asal. Tahun 3 di USM selain dihiasi dengan kemeriahan kawan-kawan, turut diwarnai dengan keseronokan lawatan sambil belajar! Trip pertama adalah ke MARDI Seberang Perai. Cawangan MARDI situ membuat penyelidikan berkenaan padi.


Lawatan ini dicadangkan oleh pensyarah subjek 'Plant Structure and Evolution' iaitu Encik Baha. Tujuan lawatan tu untuk mendedahkan pelajar Botani dengan tumbuhan padi. Paling amaze sewaktu di 'Gene Bank'. Kat situ diceritakan asal-usul padi ni. Lebih kurang macam muzium tapi lebih kecil dan diberi nama 'Gene Bank' sebab kat situ disimpan pelbagai varieti biji benih padi. Kebetulan pengarah MARDI di situ ialah Tuan Haji Azmi merangkap pelajar yang pernah menuntut di USM. So, layanan pihak MARDI memang tiptop ah..Siapa dijamu minum pagi dan pegawai-pegawai pun mesra.

Lantaran kesuntukan masa, story ini akan bersambung ke next post ok?..Stay tuned!

Tq google!
-biNgO-