Monday, May 18, 2015

OFFICIALLY 20!

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera...

Salam kematangan!!!

     Hari ni, 18 Mei 2015, secara rasminya aku dah umur 20 tahun. So, say " HAPPY BIRTHDAY " to me. Lawak ja. Aku tak kisah sangat pun. Kalau dulu, waktu kecil. mesti frust kalau tak ada orang wish kan?..but not more now.. SAYA DAH BESAR!!! (tutup muka)

     Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku hidup selama 20 tahun kat atas dunia ni. In shaa Allah, mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki aku dan panjangkan umur aku. Amin~~

     Tahun ni, aku tak tonjolkan birthday. So, tak ramai lah yang wish. It's ok. Small matter ma. Even my roomate and my coursemate pun tak tahu. Bukannya aku sengaja nak berahsia or berdrama, tapi untuk mengingati hari lahir aku akan buatkan aku teringat pada 'dia'. Tarikh yang cukup bermakna. His face, his excited face will appears before me. Jadi, kadangkala benda tu membuatkan aku jadi sedih. So, it's better to keep silent, right? Untuk sapa yang tahu dan wish tu, tak pa lah. Bukannya aku nak marah-marah pun. Yang tak taw pun tak pa. I'm fine about it. 



Macam orang selalu kata, pengalaman mematangkan manusia. Dari tahun ke tahun, kita akan menjadi semakin matang dan boleh berfikir dengan lebih teliti.





-biNgO-

MRSM!! MRSM!!

     Olla!!!! Akhirnya, dapat juga update blog ni. Rasanya dah hampIr setengah tahun SZ tak update blog ni. Oklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom baca entri SZ untuk kali ini. Kali ni, SZ nak buat satu entri yang bertajuk “ MRSM!! MRSM!! “. Kenapa dengan MRSM? Jengjengjengjeng…. Relax ok, this time I will tell you guys what I heard about MRSM and what was exactly the real things? (Oh my English!)

     Pernah dengar tak orang kata masuk MRSM ni menyusahkan? Guna banyak duitlah, cikgu ajar sambal lewa, pendek kata khabar-khabar angin yang seolah-olah memberi persepsi yang negatif berkenaan MRSM. SZ pun selalu dengar cerita-cerita yang macam ni sampaikan SZ dgn kawan-kawan sepakat nak boikot MRSM. Tak mau belajar kat MRSM. TAPI..!!!!! Akhirnya, kata-kata tu memakan diri SZ apabila SZ ditawarkan memasuki MRSM MERBOK. Mula-mula tu, SZ dah macam…


     Namun, demi merealisasikan impian yang tertanam di dalam hati, SZ akur dengan cakap mak ayah dan at last, I finished my SPM in MRSM itself. Kelakar kan? Dulu, ia-ia ja SZ nak boikot segala bagai la, tuptap masuk MRSM juga.

     Apabila SZ dah masuk MRSM, SZ agak terkejut sebab its totally different from all those news. Tapi, masa masuk mula-mula tu memang pakai banyak sikitlah duit. Tapi, ‘don’t worry be happy’ banyak tu tak sampai seribu pun. Paling kurang dlm 500 ja. Bayar tu sekali ja masa masuk mula-mula. Masa dah mula kelas, SZ rasa macam kat sekolah biasa saja. Siapa kata cikgu-cikgu MRSM sambal lewa ha? Bohong ja semua tu. Cikgu-cikgu kat MRSM SZ memang tiptop macam cerita ‘Rania Tiptop’ tu. Cikgu ajar sampai faham. Kalau tak turun prep, warden cari. Tambahan kalau pelajar-pelajar yang ambil peperiksaan awam PMR dan SPM. Lagilah cikgu-cikgu akan usaha sehabis mungkin supaya pelajar-pelajar mereka cemerlang.


      Masa aku di tingkatan 5, mula dari awal tahun cikgu-cikgu dah tegaskan berkenaan SPM dan semua cikgu akan cuba menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan percubaan. Budak-budak MRSM ni mcm SBP gak, ada trial MARA lepa yang tersendiri. Dan aku sendiri mengaku trial MARA memang lagi susah dari trial SBP dan sekolah biasa. Selepas selesai trial dan dah keluar keputusan, semua pelajar form 5 diasingkan mengikut tahap pencapaian masa trial hari tu. Masa tu la akan mula dilancarkan PGG SPM aka Program Gerak Gempur SPM. Untuk pelajar PMR pun ada PGG diorang sendiri. 

     Dari detik pelancaran tu lah, cikgu-cikgu yang mengajar pelajar tingkatan 5 ni akan mula berhempas-pulas untuk tolong pelajar di saat-saat akhir tu. Dari pengalaman aku sendiri, dari mula awal tahun cikgu penyelaras F5 dah sediakan satu balang kismis untuk setiap kelas. Kalau dah habis kismis tu, pergi refill kat bilik guru. Baik kan penyelaras kitaorang????



     Masa dah mula PGG tu, mulalah ramai pelajar tingkatan 5 yang akan penuhkan ruang kat bilik guru ataupun masa prep dah habis pun diorang ni stay lagi. Lagi yang satu kat MRSM ni, it is pra-U life. Kenapa? Sebab kat MRSM markah tak 100% berdasarkan peperiksaan akhir, ada gak pecahan carry mark macam kat university nanti. Masa aku dulu, seingat aku lah, dlm 60% final exam dan 40% lagi carry mark untuk assignment,mid-term test. So, bila masuk university nanti, takda la dapat ‘ exam shock ’ ka. 

     Terlupa nak cerita, kalau sesiapa dah masuk MRSM tu, tolong persiapkan diri secara mental dan fizikal sebab kat MRSM ni aktiviti agak padat. Lepas satu satu, tambahan untuk pelajar F5 dan F3. Satgi ada seminar la, extra class la. Contohnya, masa aku dulu, tepat pukul 6 dah kena kosongkan hostel. Subuh berjemaah kat surau. Lepas solat, ada bacaan Al-Quran berjemaah, lepas tu baru pergi breakfast. 

     Selesai breakfast, get ready untuk ‘ roll-call ‘ pula. Kelas mula dalam pukul 8 sampai 1 lebih. Cuma untuk F5 kadang-kadang balik pukul 2 lebih. Lepas balik terus pergi lunch kat Dewan Selera dan terus naik bilik untuk solat dan bersiap untuk prep petang. Untuk prep petang, 3.15 dah kena turun sampailah pukul 4.30. Balik prep tu, pergi ambil minum petang dulu. Selalunya, lepas prep tu santai dah sikit. Tapi, untuk pelajar F5, kadang-kadang tu pukul 5 ada extra class sampai pukul 6 lebih. Kalau ada extra class, memang rush sikitlah. 


     Balik kelas tu pergi dinner pula dan bersiap untuk malam pula. Waktu malam, around 7 o’clock dah kena turun pergi surau. Siapa yang lambat akan didenda baca Mathurat kat luar surau. Part ni ada kenangan sikit, malu bila teringat balik, hahaha. Lepas Isyak baru mula prep sampai pukul 11 malam. Balik prep pergi supper dulu and then baru tidur. 

     So, nampak kan kesibukannya sedikit. Tapi, tak pa, jangan risau, macam kata Rancho, ‘ ALL IS WELL ‘. Mula-mula tu ja rasa kalut sikit. Lama-lama tu, alah bias tegal biasa lah jawabnya. Semua pengalaman aku masa kat MRSM sedang diaplikasikan balik kat USM ni. Sekurang-kurangnya, aku dah terbiasa dengan lifestyle kat U ni.


Jadi, Nampak kan???tak kiralah ckgu tu cikgu MRSM ka cikgu SBP ka cikgu sekolah biasa ka, asalkan bergelar ‘CIKGU’, mereka ni akan sentiasa menolong anak murid kerana golongan cikgu inilah yang menggalas tanggungjawab untuk melahirkan pemimpin negara. ‘ Last but not least ‘ ala inggerisnya, SELAMAT HARI GURU!



-biNgO-