Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, March 1, 2018

Penang Hot Air Balloon Fiesta 2018

Alooohaaaaa...Tetiba rasa macam rajin ja nak buat satu entri hari ni. Siang tadi dah berpenat-lelah buat tesis for my FYP. Punyalah khusyuk aku duk buat tadi sampai tak sedar dah pukul 6 petang. Kelam-kabut pergi ambil wudhu nak solat asar. Baru FYP tapi rasa penat tu ya ampunnnn. Kalau nak sambung master or phd ni, memang kena kasi mental kuat la nampaknya. Okay, jangan menyimpang banyak sangat, nanti sesat pula. Let's back to the topic!!!

My dearsss, malam ni aku nak story pasal Penang Hot Air Balloon Fiesta 2018. Fiesta ni baru ja melabuhkan tirai pada hari Ahad yang lalu. Kalau tengok tajuk pun boleh fahamkan, fiesta ni ialah pameran belon udara panas. Bukan sekadar pameran semata-mata, kalau nak merasai pengalaman menaiki belon udara panas ni pun boleh cumanya kena tebal sikitlah poket tu.  Tahun 2018 ialah tahun ke-4 fiesta ni diadakan di Penang. Dan alhamdulillah, aku berkesempatan ke sana pada hari terakhir fiesta ni berlangsung iaitu hari Ahad tu. Pergi tengok ja, tak mampulah aku nak naik belon tu. Kalau naik, emmm tak payah tunggu bulan Ramadhan, esoknya tu dah boleh terus start puasa. Hahahahahahaha....

Oh ya, fiesta belon ni diadakan di Padang Polo, Georgetown dan berlangsung selama dua hari iaitu bermula daripada 24 sehingga 25 Februari 2018.


Taraaaa..Seperti yang dipaparkan di atas, itu adalah jadual sepanjang dua hari fiesta itu berlangsung. Pada hari Ahad tu, aku pergi pada waktu petang. Aku dengan kawan-kawan aku bertolak dari USM lebih kurang pukul 5 lebih dengan menggunakan Uber. Nasib baiklah Uber ada promo untuk fiesta ni. Jalan nak ke Padang Polo tu agak sesak, hampir pukul 6.30 petang baru kami tiba di sana. Tapi Penang ni kan memang jammed selalu, so hari itu skala kesesakan tu lebih sikitlah dari kebiasaannya. Sampai ja di sana, aku dah mengajak kawan-kawan aku untuk stay sampai malam sebab aku nak tengok Night Glow Show tu. Nama slot tu pun macam ada wawwww factor, dan berjaya membuatkan aku ternanti-nanti. Sementara nak tunggu malam tu, kami jalan-jalan tengok, rakam belon yang dipamerkan. Pelbagai bentuk belon yang dipamerkan.


Jangan risau kalau waktu jalan-jalan tu rasa lapar ka apa ka. Terdapat banyak gerai makanan yang turut disediakan di situ. Semua ada, janji duit bawa. Hehehe...Bukan sekadar tengok belon udara panas ja taw kat sini. Banyak lagi aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur untuk para pengunjung. Ada aktiviti yang berbayar dan ada yang free of charge seperti Night Glow Show. So, nampak kan, aku teruja dengan slot yang free of charge sahaja. *flip my tudung

Selesai solat maghrib di surau Hospital Pulau Pinang, kami pun bergegas kembali ke Padang Polo. Night Glow Show tu bermula tepat pada pukul 8.45 malam dan berakhir pada pukul 9 malam. Seperti yang aku bayangkan. Night Glow Show merupakan persembahan belon udara panas mengambil giliran untuk di'glow'kan dengan mengikut rentak lagu latar yang dipasang. Dapat bayangkan ke tak??? Dah lah, tak maw explain panjang lebar, hampa tengok je lah video yang aku rakam ni.



Lawakan????? Its not about the quality of video okay, I talked about the performance. Rakam guna Samsung J1 Ace ja ni. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, inilah Night Glow Show yang saya nantikan dari petang tadi. Wishlist nak ke fiesta belon tercapai sudah. Sebelum aku tamatkan entri 'Penang Hot Air Balloon Fiesta 2018', saya mempersembahkan salah satu video daripada Night Glow Show yang dirakam dan juga merupakan my favourite.

See u soon!!!





-biNgO-




Sunday, February 4, 2018

Jom ke Georgetown : Street Art, Chew Jetty


Penang!! Penang!! Penang!!

Selain dikenali sebagai syurga makanan, Penang juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau datang Penang, jangan lupa singgah di pekan Georgetown taw. Janganlah makan-makan ja, pusing pekan Georgetown tu sekali. Perkhidmatan menyewa basikal disediakan untuk pengunjung yang ingin mengayuh basikal untuk melawat sekitar Georgetown. Kadar sewa tu ada yang murah ada yang tak berapa nak murah. So, kena pandai pilihlah ye. Tapi, kalau mahu berjalan kaki pun boleh. Lagilah bagus, sambil menyelam minum air, sambil makan angin boleh mengamalkan gaya hidup sihat. Yihaaaaa!!!!


Kebanyakkan yang menyewa basikal, mereka akan berpusing sekitar Georgetown untuk melihat Street Art. Tahu tak Street Art tu apa? Street Art tu lukisan di dinding yang sekali pandang macam lukisan yang real. Jadi, meh aku share beberapa lokasi di Georgetown yang menarik. Mana tahu, akan menjadi inspirasi untuk anda di luar sana apabila datang ke Penang suatu hari nanti. Wahh, dah macam iklan pula rasa. Okay, let’s back to the topic my dear..

Pertama, Street Art. Aku dah dua kali pergi ke Street Art tapi masih belum habis pusing. Seingat aku, jumlah lukisan yang ada di Street Art banyak dan lokasinya pula di merata-rata tapi masih dalam lingkungan pekan Georgetown. Itulah salah satu sebab kenapa aku tak pernah habis pusing tengok semua lukisan. Lukisannya bukanlah dilukis pada satu lorong atau lokasi yang sama tetapi di merata-rata tempat. Ada yang berhadapan jalan utama dan ada yang di celah lorong. Alamak??? Kalau tempatnya berterabur macam mana nak cari?? Jangan risau jangan takut!! Hampir kesemua kedai menyewa basikal akan sediakan sekali peta yang menunjukkan lokasi setiap lukisan. So, nilah masanya nak asah skill baca peta macam kelas Geografi tu. Hehehe…


Kedua, bangunan-bangunan di Lebuh Pantai. Sebenarnya, banyak bangunan di Georgetown yang masih mengekalkan ciri bangunan ala inggeris. Bangunan-bangunannya sangat lawa dan sering menjadi port bergambar untuk sesiapa yang datang ke Georgetown. Kadangkala, bangunan-bangunan kat situ juga menjadi port pilihan untuk sesi bergambar untuk perkahwinan mahupun graduasi.


Ketiga, Chew Jetty. Chew Jetty ni agak tersorok laluannya. Bagi mereka yang pertama kali datang ke Penang, mungkin agak susah untuk mencari Chew Jetty ni. Chew Jetty ni terletak bersebelahan dengan tokong Cina. Tokong cina itu terletak berhampiran dengan stesen minyak Shell. 


Chew Jetty sebenarnya ialah perkampungan kaum cina di tepi laut. Laluannya agak kecil dan jika berjalan sehingga ke hujung jeti, anda dapat melihat pemandangan laut yang sangat luas. Terpesona pandangan mata untuk seketika. Sepanjang laluan, ada penduduk-penduduk di situ yang menjual pelbagai jenis cenderamata seperti keychain, t-shirt dan hiasan lain. Seandainya inginkan item untuk dibuat kenangan, bolehlah beli.


Setakat ini, inilah serba-sedikit yang boleh aku kongsikan untuk kali ini. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di sana yang boleh dilawati. Kalau nak tahu lebih lagi, stay tuned!

-biNgO-

Wednesday, January 17, 2018

Throwback : Pencarian Air Terjun dan Lukisan Tun M.

Pada suatu petang, lima pelajar yang bosan inckuding me@aku telah membuat keputusan untuk makan angin sekitar USM Pulau Pinang. Perjalanan kami telah membawa kami ke Air Terjun Titi Kerawang. First time aku sampai ke situ. Nampak ja signboard ada tulis air terjun, mavam-macam gambaran dah bermain kat minda ni.

Ni salah satu gambarannya..
Tq google
Air Terjun Titi Kerawang terletak di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Air terjun ni terletak di tepi jalan raya. Kawasan masuknya betul-betul di tepi selekoh tajam. Rasanya orang Penang dapatlah membayangkan jalan di Balik Pulau tu macam mana. Kereta diparkir di bahu jalan. Kena pandai-pandai parkir lah ye. Sebelum nak masuk ke entrance air terjun ni, ada beberapa gerai penduduk di kiri dan kanan bahu jalan. Kedai yang dibina menggunakan buluh, yang macam kadang-kadang kat tepi jalan nak ke Cameron tu. Harapnya ampa boleh bayangkanlah.

Tq google
Nasib tak menyebelahi kami sebab air terjun kat situ hampir kering kerana cuaca yang panas waktu itu. Taklah kering sepenuhnya sebab kat kawasan tengah air terjun tu masih ada air yang bertakung. Wrong timinglah singgah ni, adoyai!! Rata-rata yang singgah ke situ pun tak mandi, sekadar menikmati pemandangan hijau di sana. Apa lagi, kami pun tak melepaskan peluang bergambar, alang-alang kat kawasan air terjun.



Perjalanan pada hari itu sangat tak diduga. Tak disangka-sangka, kami berlima sampai ke Alor Setar. Pada waktu itu, lukisan dinding di Alor Setar sedang famous. Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang..Eh, ternyanyi pula! Apa lagi yang nak ditunggu, kami pun google lokasi lukisan tu. Alhamdulillah, kami menemui lukisan dinding Tun Dr. Mahathir dan kereta Proton. Nak mencari tu agak susah sebab lukisan di dinding kedai dan agak tersorok daripada jalan utama.


Disebabkan jati diri sebagai pelajar masih ada, setelah menghabiskan masa di Alor Setar, kami bergerak pulang ke USM tercinta. Sebenarnya waktu tu dah cuti semester. Kami berlima tak pulang ke rumah kerana terlibat dengan projek NRIC di USM. NRIC??? Kalau sempat nanti aku tulis post berkenaan NRIC pula. So, stay tuned ok!

-biNgO-



Monday, January 15, 2018

Throwback : Konvo + Frog Hill

Lebih kurang 6 bulan lagi akan tamatlah pengajian aku kat USM ni. Lantaran itu, ayuhlah kita throwback segala kenangan. Kenangan tujuannya untuk dikenang dan lagi manis kalau dapat dikongsi. So, let's start!
Tq google


Untuk post kali ni, dimulakan dengan kisah konvo sis Ila dan penggembaraan ke Frog Hill @ Bukit Katak. Hari tu, aku dengan beberapa orang lagi kawan pergi ke Politeknik Kulim. Kami nak meraikan sis Ila yang akan konvo kat situ ari tu. Dah namanya nak pergi majlis konvo, jadi semua berpakaian formal lah, padahal kami tak masuk dewan pun. Acah ja lebih. Seronok tengok orang pakai jubah konvo. Tak sabar pula nak sarung jubah sendiri nanti.


Selesai ja majlis konvo tu, Ila balik ke USM naik kereta bersama-sama kami. Relax dulu. Takkan nak balik terus kan?? Alang-alang dah keluar tu, kami memanfaatkanlah  kereta yang dah disewa tu.

Ke manakah??? Ke Frog Hill!!!! Masa tu, Frog Hill tengah viral kat facebook sebab warna air yang biru gila. Nak mencari tempat tu hampir sesat juga lah. At last, kami tanya kat orang kampung yang berselisih dengan kereta kami. Rupa-rupanya penduduk sekitar tu panggil tempat tu dengan nama Melayu iaitu Bukit Katak. Akhirnya, sampailah kami di Frog Hill.. 

Oh ya, Frog Hill ni terletak di Tasek Gelugor. Berdekatan dengan kawasan Guar Petai. Frog Hill agak tersorok sikit ke dalam. Nak sampai ke lokasi tu, kena melalui jalan tanah merah. Frog Hill sebenarnya ialah bekas tapak kuari. Sebab itu warna air menjadi warna biru yang menyebabkan lokasi ni viral sampai ke Facebook. Tindak balas kimia dari sisa-sisa kuari lah yang menyebabkan air bertukar warna. Disebabkan ada unsur sisa kimia, tak payahlah nak berendam dalam tasik tu. Nanti bagi kesan kat kulit. Mencegah sebelum merawat, ok?


Disebabkan namanya ada perkataan 'Hill', so memang ada bukitlah. Kalau nak dapatkan port gambar yang lawa macam gambar yang atas ni, kena panjat sikit. Untuk part ni, kena berhati-hati takut ada yang tergelincir. Plan nak ke Frog Hill ni tak dirancang pun, dan pakaian yang dipakai ke majlis konvo tu memang tak sesuai untuk panjat-memanjat ni. Tetapi disebabkan kegigihan ni berkobar-kobar, akhirnya selamat juga mendaki walaupun ada yang berbaju kurung dan aku pula memakai skirt labuh. I guess its girl power, right? Hehehe..


Dapat menjejaki kaki ke Frog Hill merupakan satu kepuasan untuk kami berenam. Dapat melihat sendiri keindahan yang digembar-gemburkan di facebook. Dengan itu, berakhirlah hari kami untuk kali ni. Ke manakah pula selepas ini? Stay tuned!
-biNgO-