Thursday, June 26, 2014

THE GREAT ESCAPE

Assalamualaikum...Apa khabar??? Emm, malam semalam masa duk mengimbas memori di matrik dapatlah satu idea untuk entri kali nie iaitu ' The Great Escape '. Mesti ada yang dah dapat agak kan? It's okay. Just keep reading this entry. Amaran, entri ni agak panjang !!!



Siapa yang pernah tengok buku ni?? Masa SPM dulu, nilah novel untuk english. Sekarang, tak sure la masih diguna ataupun tidak. Ok,let's move on!! Buat pengetahuan semua, salah satu tajuk dalam novel ni ialah The Great Escape. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dengan roomates.

Alkisah bermula . . .

          Pernah dengar istilah 'fly' ? Kalau sapa yang pernah duk asrama, mesti dah familiar dengan perkataan nie. Oklah, masa kat matrik, aku rajin jugalah pergi outing. Ada sekali tu hari Sabtu, aku outing dengan 2 orang roomates aku. Kami pergi Pacific dan kemudian Jusco. Masa pergi Pacific, parents salah seorang dari roomates ni yang hantar. Masa balik, kami balik sendiri.

          Nak dipendekkan cerita, masa nak balik kami plan nak balik naik van. Masa tu dah pukul 5 lebih, van masih tak kunjung tiba juga. Takutlah juga, kalau-kalau tak sempat nak balik matrik. Pada waktu yang sama kat situ, ada juga budak matrik yang lain. Aku try mimta no phone teksi sapu dan van yang lain. Bila call, semuanya tak boleh nak datang ambil. Getaran di jiwa kami bertiga makin kuat sambil mengenangkan waktu yang sudah menginjak ke pukul 6. Aku ada juga try call abang aku dengan harapan dia boleh tolong, tapi sama juga dengan yang lain. 

          At last, kawan aku yang sorang nie minta tolong kawan dia. Tunggu..tunggu..dan tunggu.. Akhirnya, yang ditunggu pun tiba. Lega gila kami bertiga. Kawan si kawan aku nie datang jemput kami naik van. Alahai, van tu van yang guna pergi niaga kat pasar malam. Tak pa lah, janji ada dari takda langsung. Masih segar di ingatan, masa naik van tu dah pukul 6.55 ptg padahal outing hanya sampai pukul 7 mlm. Dalam perjalanan tu, kami bertiga dah buat rancangan back up kalau tak sempat nak sampai matrik. At last, sampai matrik pukul 7.30 mlm. OH NO!!!!! Dah lewat setengah jam..!!!!!!!

          Perasaan kami bertiga waktu tu dapat digambarkan dari emoticons kat atas nie. TAKUTTTT...bahasa utara, KETAQQQQQ...!!! Bila nampak mak cik guard duk tunggu depan gate matrik, terus kami ni suruh si kawan tu keluar semula. Habis tu???? Kami ni nak tidur mana??????????????


          Hahaha.. Malam yang penuh bersejarah tu kami bertiga tidur kat rumah lagi sorang roomate aku nie. Kebetulan pula, dia balik rumah minggu tu dan rumah dia pula depan matrik sahaja. Keesokan paginya, kami bertiga pulang semula ke matrik dihantar oleh si fulan.THE END. . .

          Pengajarannya, kepada sesiapa yang duk di asrama dan berhajat untuk outing, rancanglah perjalanan dengan sempurna supaya tak jadi macam aku nie. Apapun, Ni antara pengalaman yang paling aku akan ingat sebab ianya...
- biNgO -

POSISI KETIKA TIDUR

credit to uncle Google
Assalamualaikum everyone..!!!..sihat?? Amacam, lena tidur semalam? Ada tak sapa-sapa kat sini yang tahu posisi dia ketika tidur? Hari ni bukannya nak story tentang baby yang comel kat atas nie tapi tentang " POSISI KETIKA TIDUR ". Firstly, siapa yang tidur dalam posisi meringkuk (macam baby dalam perut tu)?Kalau ada, sila bersedia!! Sebelum tu, maaf ye sebab tak disediakan gambar. Oklah, kat bawah nie ada 9 posisi tidur yang aku akan story kat korang :-

  • TIDUR SECARA TELENTANG DGN KAKI TERBUKA(macam Patrick dlm Spongebob)
    • seorang yang berjiwa kebebasan dan suka pada keamanan
    • sentiasa menunjukkan identiti yang sebenar
    • boros dan suka bergosip
  • TIDUR SECARA TELENTANG DGN KAKI MENYILANG
    • seorang yg obses dengan diri sendiri
    • sukar untuk menerima perubahan
    • suka bersendirian
  • TIDUR SECARA TELENTANG DGN MENOPANG KEPALA (kepala tu lapik dengan kedu-dua tangan)
    • sentiasa cerdas untuk belajar
    • mempunyai banyak idea yang gila sehingga sukar untuk diikuti oleh orang lain
    • pandai menjaga keluarga dengan baik & sangat mencintai orang lain
  • TIDUR SECARA MENIARAP
    • agak cenderung untuk berpikiran sempit
    • selalu memaksa orang lain untuk mengikut kemahuannya
    • suka berseronok
  • TIDUR SECARA MENGIRING SATU SISI
    • mempunyai sikap percaya pada diri sendiri
    • sentiasa mahukan hasil untuk setiap kerja yang telah dilakukan dengan penuh semangat dan usaha
  • TIDUR SECARA MERINGKUK( here we are!!!!) ---> golongan Mr. Arrogant
    • ego
    • senang cemburu
    • mudah tersinggung
  • TIDUR SECARA MENGIRING DI ATAS SATU LENGAN
    • seorang yang lembut, sopan, jujur
    • sentiasa belajar untuk menerima kesalahan 
  • TIDUR DENGAN SUKA MEMELUK
    • sentiasa merasakan kesepian dan tertekan
    • seorang yang obses dengan kegagalan dan kemunduran masa lalu
    • selalu berasa ragu-ragu
  • TIDUR SECARA MENGGUNAKAN SELIMUT MENUTUP KESELURUHAN BADAN
    • seorang yang pemalu & lemah
    • suka menyimpam banyak rahsia & memendam masalah yang dihadapi
Mungkin ada sesetengah posisi tidur banyak menunjukkan side negatif seseorang individu. Tapi, percayalah!!! Kesemua posisi tidur ni tak menunjukkan 100% siapa kita sebenarnya..!!! Kita sendiri lebih mengenali siapa kita? INGAT!!!
" Kejayaan LUAR BIASA lahir dari insan yang BIASA tetapi sentiasa berusaha secara LUAR BIASA. "
p/s : aku pernah bagi pengucapan awam tajuk nie masa kelas ko-ku kat KMPP dulu,hehe...

- biNgO - 

Tuesday, June 24, 2014

Ta'aruf Time..!!

Credit to uncle Google
Assalamualaikum para pembaca (kalau adalah 'pembaca')...thank you kerana sudi bertandang ke hairuzlima.blogspot.com . I'm still a newbies dalam blogging world nie. Oklah, tak mau nak mukadimah panjang2, nanti bosan pula kan??

          Nama diberi Siti Zuriah. Sedapkan nama,hehe?? Masih lagi bertaraf seorang palajar yang sentiasa mendahagakan kekayaan ilmu. Aku ialah ex-Badlishah, ex-Merbokians dan ex-KMPPians. Anyone same with me???..put your hands up. Opps, lupa la, ni kan dunia maya bukan dunia realiti.. Mempunyai impian yang sangat besar..apakah ia???..RAHSIA,hehehe... Pernah menyimpan angan-angan untuk mempelajari bidang sastera tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. 

          Kalau masa di kolej, sometimes aku suka buat ayat puitis2 taw nk usik kawan. So, ada certain tu kata, " Ang ni budak sains ka sastera????". Macam mana boleh terminat sastera??? Alkisah bermula semasa di MRSM Merbok, kelas aku ada sorang cikgu BM nie, namanya Cikgu Rizal. Belajar BM dengan cikgu nilah yang SZ rasa paling best dalam banyak2 cikgu yang aku pernah ada. Berkat tunjuk ajar CIkgu Rizal, alhamdulillah BM aku masa SPM cemerlang A+,hehe.. Walaupun dah 2 tahun dah abis SPM, tapi semua kertas karangan masih tersimpan rapi bersama aku. Insya Allah, aku akan pinjamkan kertas2 tu kat my niece. She will be sitting for SPM next year. Hopefully, dapatlah membantu dia sedikit sebanyak.

Alamak..!!!!..dah terkeluar dari landasan la...sorry ye!!..apa2 pun, insya Allah aku akan lebih kerap mengupdate post2 in the future..dah habis baca nie,jangan lah lupa follow na..until we meet again, bye!!!!
-biNgO-