Friday, January 9, 2015

AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA?



Olla..Assalamualaikum!!!
Kali ni SZ bukan nak buat entri tapi sekadar nak meluahkan apa yang terlintas di benak fikiran ini. Alkisah bermula….



     Kadang-kadang, ada yang pernah tanya pada SZ, “Ang ada blog ka?” , “Ada ka orang baca blog ang wei,tengok tak da apa pun”. Pada saat soalan cepumas sebegini yang ditanya, SZ cuma senyum dan kata “ Aku tak keraplah update, aku bukan target nak jadi blogger famous-famous tu pun “. Yes, it is true! Mula-mula SZ kenal, tahu dan buat blog masa form 3. Waktu tu, cikgu kelas Komputer yang wajibkan setiap pelajar buat blog masing-masing. So, I just do it. At last, blog tu dibiarkan macam tu saja sampailah SZ habis matrik. 

     Lepas tu, baru SZ customize kan elok-elok blog ni, cari nama yang sesuai dan baru mula meng’update’ entri sikit demi sedikit. Pada rancangan asalnya, SZ nak jugalah blog ni boleh muncul kat enjin carian. Tapi, untuk muncul kat enjin carian tu, paling koman, setiap minggu kena post entri. Memandangkan SZ masih seorang student U dan kekangan masa menyebabkan SZ tak dapat nak selalu post entri kat blog. Setakat ni, cuma kawan-kawan SZ yang menjadi pembaca untuk ! SITI ZURIAH'S ! .


     Mana ada blogger yang tak suka follower kan??? Aku pun sama. Cuma, untuk permulaan ni aku lebih banyak menulis entri-entri untuk mendapatkan kepuasan menulis. Aku pernah terbaca satu blog ni yang katanya bila buat blog ni kena ada ‘niche’ blog tu sendiri. But for me, I’ll just write anything that come across my mind as I said I love writing. Bidang penulisan is one of my passion and I really love it. 
     
     Sebab itu, untuk mula-mula ini, aku tak meletakkan harapan yang tinggi sebab aku sedar blog ni masih tak standing dengan blog-blog yang aku pernah visit. Thus, aku cuma harap kalau ada yang membaca entri-entri aku ni, harap-harap dia terhibur. In shaa Allah, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu atas kesilapan aku sendiri. Bye! Bye!




-biNgO-

PERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA

Olla..Assalamualaikum!!!
Sekarang ni dah mula cuti semester. Duk umah mengadap Mr. L je la..hahahahaha.. Oklah, kali ni entri pasal tips-tips temuduga. Entri ini difokuskan untuk skop pelajar IPT yang akan menghadapi temuduga untuk mendapatkan biasiswa ataupun dalam erti kata lain ‘ scholarship ‘. Are you ready????


Antara tips yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku ialah :



1. PALING PENTING
Pastikan segala sijil dan surat-surat yang berkenaan disusun dengan kemas dalam fail yang akan dibawa semasa temuduga. Selalunya, guna file Clear Holder. Sijil-sijil tu mesti banyak kan? So, macam mana nak susun? Ok, sijil-sijil tu seelok-eloknya disusun mula daripada yang paling latest sampailah yang paling lama iaitu, sijil SPM. Sijil SPM ni penting tau. Even nak sambung master pun kena selitkan juga sijil SPM ni. Sebagai langkah keselamatan, sediakan salinan segala dokumen ekstra 1 daripada yang diminta. Means kalau kita diminta untuk sediakan 2 salinan, buatlah lebih 1, jadi 3 salinan. Faham?

   2. UNTUK MEMBERI PANDANGAN PERTAMA YANG 'WAUUU' !!!





Pakai baju yang bersesuaian dan diingatkan baju mestilah formal. Kalau untuk perempuan, boleh pakai baju kurung dan bertudung. Untuk yang free hair tu ikat dengan kemas rambut tu ye. Untuk tips pemilihan baju, tolong jangan jadi pasu bunga yang bergerak. Faham ke apa kebondo nya pasu-pasu tu? Macam ni, untuk sesi temuduga, cara pemakaian akan memberi ‘ first impression ‘ sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Jadi, selalunya digalakkan pakai pakaian yang warna tidak terlalu garang ataupun suram. Cukup sekadar pilih baju yang warna biasa-biasa saja dan untuk mereka yang bertudung, kalau baju dah bercorak pakailah tudung yang plain dan kalau baju yang plain, pakai tudung yang bercorak. Tapi, jangan pakai baju yang coraknya terlalu crowded. Untuk lelaki pula, pakailah baju kemeja lengkap bertali leher. Lelaki pun kena take note ye bab pemilihan warna. Kalau untuk kasut, lebih formal dan kemas kalau pakai kasut bertutup untuk lelaki dan perempuan.

3. OVERVIEW ABOUT YOURSELF
Jangan lupa sediakan RESUME taw..!!!!.. Resume ni penting sebab resume sebagai overview mengenai diri kita sebelum ditemuduga. Untuk part resume ni aku tak pro sangat. Jangan risau!!! Search ja kat Google, semua ada.


4. PERSIAPAN ILMU
Tadi banyak dah cerita pasal persiapan diri, sekarang ni persiapan ilmu di dada pula. Based on my own experience, kita kena dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan pihak penaja dan ambil tahu soal isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Untuk maklumat pihak penaja, lebih elok kalau kita tahu pasal misi, visi, objektif dan apa-apa lagi maklumat yang mungkin akan ditanya kepada kita nanti. Untuk isu semasa, better kita cari isu yang lebih kepada skop global sebab pihak penaja mahukan pelajar yang boleh berfikir secara ‘ out of the box ‘ untuk ditaja. Macam masa aku dulu, isu semasa yang aku sediakan ialah MERS-CoV dan Piala Thomas. Yang Piala Thomas tu saja aku sedia sebagai backup sebab malam sebelum aku pergi temuduga tu ada perlawanan Piala Thomas,hehehehe.

5. LATIH DIRI BERCAKAP
Untuk latihan ni, boleh praktis bercakap depan cermin. Lagi satu, cuba try test (ayat ni femes dulu) rangka soalan-soalan asas yang mungkin akan ditanya dan berlatih jawab. Contoh,
- Sila perkenalkan diri anda?
- Apakah kelebihan yang ada pada diri anda?
- Apakah perancangan anda untuk 10 tahun akan datang?

    6. SENJATA UTAMA
Dah buat semua persiapan jangan lupa DOA!!.. minta doa dari ibubapa agar dipermudahkan urusan. Waktu melangkah masuk, janganlah lupa baca doa. Ingat..!! sekuat mana pun persediaan dan perancangan kita, Dia yang menetukan segala-galanya.



Baiklah, itu ja untuk kali ini. Kalau nak lebih info, boleh cari lagi blog-blog lain yang ada entri tentang ni dan untuk yang akan menghadapi temuduga, aku ucapkan….


-biNgO-

Thursday, January 8, 2015

YOURS ARE YOURS..MINE IS MINE

Olla..Assalamualaikum. Akhirnya, dapat juga update blog ni. Rasanya dah hampir setengah tahun SZ tak update blog ni.

‘ YOURS ARE YOURS..MINE IS MINE ‘…Apa yang ‘YOURS’? Apa yang ‘MINE’? Nak tahu????!!??? Teruskan membaca ye.




Baiklah, tujuan entri kali ini adalah untuk mencapai learning outcomenya iaitu… (bohong ja..ignorekan baris ni)

     Baiklah, tujuan entri kali ini adalah untuk membantu adik-adik, abang-abang atau kakak-kakak yang masih terkapai-kapai untuk membuat pilihan. Pilihan apa? KAHWIN ka??!!!! Bawa bertenang ye, bukan bab kahwin. Ulang suara, bukan bab kahwin ye. Pilihan yang akan menentukan corak masa depan anda semua. Selepas SPM, ada yang akan masuk ke kolej matrikulasi, tingkatan 6 ataupun ke peringkat diploma. Aku bukan nak membanding bezakan ketiga-tiga peringkat ni sebab kalau cari kat Google, dah banyak sangat pun yang menceritakan pro dan kontra ketiga-tiga peringkat ni. Cuma apa yang aku nak berceloteh kali ini adalah ‘ JANGAN SILAP MEMBUAT KEPUTUSAN ‘ dan ‘ BUATLAH KEPUTUSAN SENDIRI ‘. Kalau mat saleh, dia cakap. ‘ Make your own choice’.


     Keputusan yang dibuat pada saat ini akan menentukan corak perjalanan anda semua pada hari kemudian. Buatlah apa sahaja keputusan berdasarkan minat diri sendiri dan bukan sekadar mengikut telunjuk orang lain. Untuk melakukan sesuatu perlu ada minat baru ianya menjadi. Ada satu iklan kat TV sebut, ‘ JADIKAN MINAT ANDA SATU KERJAYA ‘.



     Perjalanan hidup setiap orang berbeza. Lain padang, lainlah belalangnya. Sebelum membuat sebarang keputusan, ambil kira semua aspek supaya tak tersilap dalam membuat keputusan. Dalam usaha nak membuat keputusan tu, rujuklah pada orang yang terlebih dahulu makan asam garam kehidupan. Siapa lagi kalau bukan orang tua kita ataupun saudara-mara yang jauh lebih tua. Mereka ini jauh lebih berpengalaman dengan arus kehidupan ini. Tetapi, hati manusia mudah berubah tambahan kalau dengar ada orang lain kata yang ini bagus, yang itu tak sangat. Mulalah berubah hati, nak tukar pendirian. Sebenarnya, untuk part ni, kita kena ada pendirian sendiri dan tetapkan pendirian tu dan jangan berubah seperti lalang yang berubah mengikut angin yang bertiup. Apabila kita dah ada pendirian yang tetap, barulah dapat membantu kita dalam membuat keputusan. 

     Ingat!!!..salah satu ciri orang yang gagal ialah orang yang tidak tetap pendirian. Akhir kata, jangan jadi macam lalang yang selalu berubah arah tapi jadilah macam pokok yang kuat yang ada buttress root, sentiasa berdiri teguh dalam apa jua situasi. (part ‘ buttress root ‘ tu sorry lah ye, terbawa-bawa biologi sikit..hehe)





- biNgO -