Tq google |
Untuk post kali ni, dimulakan dengan kisah konvo sis Ila dan penggembaraan ke Frog Hill @ Bukit Katak. Hari tu, aku dengan beberapa orang lagi kawan pergi ke Politeknik Kulim. Kami nak meraikan sis Ila yang akan konvo kat situ ari tu. Dah namanya nak pergi majlis konvo, jadi semua berpakaian formal lah, padahal kami tak masuk dewan pun. Acah ja lebih. Seronok tengok orang pakai jubah konvo. Tak sabar pula nak sarung jubah sendiri nanti.
Selesai ja majlis konvo tu, Ila balik ke USM naik kereta bersama-sama kami. Relax dulu. Takkan nak balik terus kan?? Alang-alang dah keluar tu, kami memanfaatkanlah kereta yang dah disewa tu.
Ke manakah??? Ke Frog Hill!!!! Masa tu, Frog Hill tengah viral kat facebook sebab warna air yang biru gila. Nak mencari tempat tu hampir sesat juga lah. At last, kami tanya kat orang kampung yang berselisih dengan kereta kami. Rupa-rupanya penduduk sekitar tu panggil tempat tu dengan nama Melayu iaitu Bukit Katak. Akhirnya, sampailah kami di Frog Hill..
Oh ya, Frog Hill ni terletak di Tasek Gelugor. Berdekatan dengan kawasan Guar Petai. Frog Hill agak tersorok sikit ke dalam. Nak sampai ke lokasi tu, kena melalui jalan tanah merah. Frog Hill sebenarnya ialah bekas tapak kuari. Sebab itu warna air menjadi warna biru yang menyebabkan lokasi ni viral sampai ke Facebook. Tindak balas kimia dari sisa-sisa kuari lah yang menyebabkan air bertukar warna. Disebabkan ada unsur sisa kimia, tak payahlah nak berendam dalam tasik tu. Nanti bagi kesan kat kulit. Mencegah sebelum merawat, ok?
Disebabkan namanya ada perkataan 'Hill', so memang ada bukitlah. Kalau nak dapatkan port gambar yang lawa macam gambar yang atas ni, kena panjat sikit. Untuk part ni, kena berhati-hati takut ada yang tergelincir. Plan nak ke Frog Hill ni tak dirancang pun, dan pakaian yang dipakai ke majlis konvo tu memang tak sesuai untuk panjat-memanjat ni. Tetapi disebabkan kegigihan ni berkobar-kobar, akhirnya selamat juga mendaki walaupun ada yang berbaju kurung dan aku pula memakai skirt labuh. I guess its girl power, right? Hehehe..
Dapat menjejaki kaki ke Frog Hill merupakan satu kepuasan untuk kami berenam. Dapat melihat sendiri keindahan yang digembar-gemburkan di facebook. Dengan itu, berakhirlah hari kami untuk kali ni. Ke manakah pula selepas ini? Stay tuned!
-biNgO-
No comments:
Post a Comment