Friday, July 18, 2014

MEMANFAATKAN BAUCAR BUKU


Membaca jiwa bangsa !!!

          Assalamualaikum..sihat???..hari ini aku nak berceloteh tentang Baucar Buku 1 Malaysia..sapa yang tak pernah tengok baucar tu lagi..(ada ka yg xtgk g, mcam bohong ja)..ok2..ni aku tunjukkan gambar baucar, kalau-kalau ada yang tak pernah tahu rupa baucar tu..


Taraaa...!!!!

         Percayalah..!!!..saat dapat baucar nilah adalah antara saat yang mengembirakan untuk para penuntut ipta..kenapa???? Sebab....bila dah dapat baucar ni baru boleh borong sakan kat kedai buku..waktu tulah baru rajin nak bertandang ke kedai-kedai buku yang berhampiran..tapi, ada juga sesetengah individu yang menyalahgunakan baucar ni..

          Jadi, hari ini aku merasakan ringan tangan untuk berkongsi dengan semua tentang cara yang sebetulnya untuk menggunakan baucar buku nie..

          Pertama, kira dulu cukup tak RM 250..(lawak ja)..mustahil tak cukup..rasanya, setakat ni belum ada lagi rekod pelajar dapat baucar tak cukup,hehe... Apabila dah dapat baucar tu, buatlah perancangan yang elok dan teratur berkenaan penggunaan baucar tu..


          Kalau dah ada perancangan, baru senang nak berbelanja..tak payah nak berkerut dahi fikir nak beli apa..seelok-eloknya, cuba survey dulu buku-buku yang nak dibeli untuk memudahkan kita buat plan..INGAT!!! utamakan buku yang berkenaan pelajaran dahulu dan kemudian barulah buku lain seperti novel..waktu nie jugalah, kita sebagai pelanggan perlu bertindak dengan bijak..apa yang bijaknya????


          Pelanggan yang bijak ialah pelanggan yang pandai memilih tempat untuk menghabiskan baucar..contohnya, ada 2 kedai buku..kedai A jual buku tanpa sebarang diskaun dan tak ada apa-apa promosi..kedai B pula jual buku dengan harga yang diberi diskaun dan ada promosi untuk baucar buku yang digunakan..jadi, sebagai pelanggan yang bijak dalam membuat keputusan..sudah tentu kedai B yang akan menjadi pilihan..kan???? Dahlah ada diskaun, lepas tu siap ada promosi lagi..kita jugalah yang untung akhirnya..

          Tapi, jangan lupa aspek kualiti buku taw..jangan mementingkan kuantiti semata-mata..biarlah buku yang kita pilih tu berpatutan kualiti dengan harganya..jangan sekadar beli mahal-mahal, tapi kandungan buku tu tak seberapa pun..Akhir kata, manfaatkanlah baucar buku tu sebaik-baiknya..


- biNgO -








No comments:

Post a Comment