Thursday, June 26, 2014

THE GREAT ESCAPE

Assalamualaikum...Apa khabar??? Emm, malam semalam masa duk mengimbas memori di matrik dapatlah satu idea untuk entri kali nie iaitu ' The Great Escape '. Mesti ada yang dah dapat agak kan? It's okay. Just keep reading this entry. Amaran, entri ni agak panjang !!!



Siapa yang pernah tengok buku ni?? Masa SPM dulu, nilah novel untuk english. Sekarang, tak sure la masih diguna ataupun tidak. Ok,let's move on!! Buat pengetahuan semua, salah satu tajuk dalam novel ni ialah The Great Escape. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dengan roomates.

Alkisah bermula . . .

          Pernah dengar istilah 'fly' ? Kalau sapa yang pernah duk asrama, mesti dah familiar dengan perkataan nie. Oklah, masa kat matrik, aku rajin jugalah pergi outing. Ada sekali tu hari Sabtu, aku outing dengan 2 orang roomates aku. Kami pergi Pacific dan kemudian Jusco. Masa pergi Pacific, parents salah seorang dari roomates ni yang hantar. Masa balik, kami balik sendiri.

          Nak dipendekkan cerita, masa nak balik kami plan nak balik naik van. Masa tu dah pukul 5 lebih, van masih tak kunjung tiba juga. Takutlah juga, kalau-kalau tak sempat nak balik matrik. Pada waktu yang sama kat situ, ada juga budak matrik yang lain. Aku try mimta no phone teksi sapu dan van yang lain. Bila call, semuanya tak boleh nak datang ambil. Getaran di jiwa kami bertiga makin kuat sambil mengenangkan waktu yang sudah menginjak ke pukul 6. Aku ada juga try call abang aku dengan harapan dia boleh tolong, tapi sama juga dengan yang lain. 

          At last, kawan aku yang sorang nie minta tolong kawan dia. Tunggu..tunggu..dan tunggu.. Akhirnya, yang ditunggu pun tiba. Lega gila kami bertiga. Kawan si kawan aku nie datang jemput kami naik van. Alahai, van tu van yang guna pergi niaga kat pasar malam. Tak pa lah, janji ada dari takda langsung. Masih segar di ingatan, masa naik van tu dah pukul 6.55 ptg padahal outing hanya sampai pukul 7 mlm. Dalam perjalanan tu, kami bertiga dah buat rancangan back up kalau tak sempat nak sampai matrik. At last, sampai matrik pukul 7.30 mlm. OH NO!!!!! Dah lewat setengah jam..!!!!!!!

          Perasaan kami bertiga waktu tu dapat digambarkan dari emoticons kat atas nie. TAKUTTTT...bahasa utara, KETAQQQQQ...!!! Bila nampak mak cik guard duk tunggu depan gate matrik, terus kami ni suruh si kawan tu keluar semula. Habis tu???? Kami ni nak tidur mana??????????????


          Hahaha.. Malam yang penuh bersejarah tu kami bertiga tidur kat rumah lagi sorang roomate aku nie. Kebetulan pula, dia balik rumah minggu tu dan rumah dia pula depan matrik sahaja. Keesokan paginya, kami bertiga pulang semula ke matrik dihantar oleh si fulan.THE END. . .

          Pengajarannya, kepada sesiapa yang duk di asrama dan berhajat untuk outing, rancanglah perjalanan dengan sempurna supaya tak jadi macam aku nie. Apapun, Ni antara pengalaman yang paling aku akan ingat sebab ianya...
- biNgO -

No comments:

Post a Comment