Olla..Assalamualaikum!!!
Sekarang ni dah mula cuti semester. Duk umah mengadap Mr. L
je la..hahahahaha.. Oklah, kali ni entri pasal tips-tips temuduga. Entri ini
difokuskan untuk skop pelajar IPT yang akan menghadapi temuduga untuk
mendapatkan biasiswa ataupun dalam erti kata lain ‘ scholarship ‘. Are you
ready????
Antara tips yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku ialah :
1. PALING PENTING
Pastikan segala sijil dan surat-surat yang
berkenaan disusun dengan kemas dalam fail yang akan dibawa semasa temuduga.
Selalunya, guna file Clear Holder. Sijil-sijil tu mesti banyak kan? So, macam
mana nak susun? Ok, sijil-sijil tu seelok-eloknya disusun mula daripada yang
paling latest sampailah yang paling lama iaitu, sijil SPM. Sijil SPM ni penting
tau. Even nak sambung master pun kena selitkan juga sijil SPM ni. Sebagai langkah
keselamatan, sediakan salinan segala dokumen ekstra 1 daripada yang diminta.
Means kalau kita diminta untuk sediakan 2 salinan, buatlah lebih 1, jadi 3
salinan. Faham?
2. UNTUK MEMBERI PANDANGAN PERTAMA YANG 'WAUUU' !!!
Pakai baju yang bersesuaian dan diingatkan
baju mestilah formal. Kalau untuk perempuan, boleh pakai baju kurung dan
bertudung. Untuk yang free hair tu ikat dengan kemas rambut tu ye. Untuk tips
pemilihan baju, tolong jangan jadi pasu bunga yang bergerak. Faham ke apa
kebondo nya pasu-pasu tu? Macam ni, untuk sesi temuduga, cara pemakaian akan
memberi ‘ first impression ‘ sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam bilik
temuduga. Jadi, selalunya digalakkan pakai pakaian yang warna tidak terlalu
garang ataupun suram. Cukup sekadar pilih baju yang warna biasa-biasa saja dan
untuk mereka yang bertudung, kalau baju dah bercorak pakailah tudung yang plain
dan kalau baju yang plain, pakai tudung yang bercorak. Tapi, jangan pakai baju
yang coraknya terlalu crowded. Untuk lelaki pula, pakailah baju kemeja lengkap
bertali leher. Lelaki pun kena take note ye bab pemilihan warna. Kalau untuk
kasut, lebih formal dan kemas kalau pakai kasut bertutup untuk lelaki dan
perempuan.
3. OVERVIEW ABOUT YOURSELF
Jangan lupa sediakan RESUME taw..!!!!..
Resume ni penting sebab resume sebagai overview mengenai diri kita sebelum
ditemuduga. Untuk part resume ni aku tak pro sangat. Jangan risau!!! Search ja
kat Google, semua ada.
4. PERSIAPAN ILMU
Tadi banyak dah cerita pasal persiapan
diri, sekarang ni persiapan ilmu di dada pula. Based on my own experience, kita
kena dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan pihak penaja dan ambil tahu soal
isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Untuk maklumat pihak penaja, lebih
elok kalau kita tahu pasal misi, visi, objektif dan apa-apa lagi maklumat yang
mungkin akan ditanya kepada kita nanti. Untuk isu semasa, better kita cari isu
yang lebih kepada skop global sebab pihak penaja mahukan pelajar yang boleh
berfikir secara ‘ out of the box ‘ untuk ditaja. Macam masa aku dulu, isu semasa
yang aku sediakan ialah MERS-CoV dan Piala Thomas. Yang Piala Thomas tu saja aku sedia sebagai backup sebab malam sebelum aku pergi temuduga tu ada perlawanan Piala
Thomas,hehehehe.
5. LATIH DIRI BERCAKAP
Untuk latihan ni, boleh praktis bercakap
depan cermin. Lagi satu, cuba try test (ayat ni femes dulu) rangka
soalan-soalan asas yang mungkin akan ditanya dan berlatih jawab. Contoh,
- Sila perkenalkan diri anda?
- Apakah kelebihan yang ada pada diri anda?
- Apakah perancangan anda untuk 10 tahun akan datang?
6. SENJATA UTAMA
Dah buat semua persiapan jangan lupa
DOA!!.. minta doa dari ibubapa agar dipermudahkan urusan. Waktu melangkah
masuk, janganlah lupa baca doa. Ingat..!! sekuat mana pun persediaan dan
perancangan kita, Dia yang menetukan segala-galanya.
Baiklah, itu ja untuk kali ini. Kalau nak
lebih info, boleh cari lagi blog-blog lain yang ada entri tentang ni dan untuk
yang akan menghadapi temuduga, aku ucapkan….
-biNgO-
No comments:
Post a Comment