Assalamualaikum..olla!!!
Emmm..kejap ja aku dah nak masuk tahun ke 2 kat USM sebagai
pelajar bidang Biologi. Minggu ni pelajar baru dah masuk dan maka bermulalah
minggu orientasi sidang kemasukan 2015/2016. Haha..teringat pula masa zaman orientasi dulu.
Oklah..post kali ni nak share sikit berkenaan apa yang aku dah belajar sepanjang setahun belajar Biologi. Untuk pengetahuan hampa, bermula
dari sidang kemasukan 2015/2016, kursus Biologi dah ditukar menjadi program 4
tahun untuk kedua-dunya sekali, Biologi Tulen dan Biologi Gunaan. Sebelum batch aku, depa program 3 tahun ja.
Apa motif USM tukar jadi 4???
Entahlah, kami pun
tak sure. Untuk program 4 tahun, korang akan masuk major pada tahun ke-3. So, 2
tahun belajar basic knowledge dan 2 tahun belajar major.
Antara silibus Biologi pada tahun pertama ialah:-
- BIODIVERSITY
Untuk kuliah ni, macam yang
belajar waktu sekolah menengah dan matrik juga. Korang akan belajar berkenaan
Classification of Animals and Plants. Yang ada Kingdom, Domain semua tu lah. Waktu
nilah korang akan jumpa nama saintifik yang panjang-panjang dan ada certain
yang agak rare. Cuma yang level U ni, belajar mendalam sikitlah.
- ECOLOGY
This is my favourite,hehe. Kuliah
Ecology ni belajar pasal nature and more to process. Type of competition, Carbon Cycle, Energy Flow. Kebetulan masa
batch aku, mula-mula dapat Prof Mashoor which is one of researcher yang buat
kajian pasal orang utan. So, masa class Prof ni, mostly akan dgr pasal orang
utan ja dan siap ada trip lagi pergi Orang Utan Island kat Bukit Merah. Pokoknya,
class ni best. So, enjoy yourself.
- ORGANIC CHEMISTRY
Since nama pun Chemistry, memang
belajar Kimia lah. Organic Chemistry ni belajar pasal element yang based on carbon
and hydrogen macam alcohol and etc. Hehehe, aku memang tak suka sangat kimia.
Basically, orang kata organic is better than inorganic tapi aku tak score pun
subjek ni..hehe
- KEUSAHAWANAN
Ok..class ni antara yang heaven
sebab kuliah kat DTSP dan seminggu sekali saja. Class ni nanti kena buat
jualan. Lepas tu kena present hasil jualan sekali dengan kira-kira sebagai
salah satu carry mark untuk subjek ni. Apa halnya belajar keusahawanan pula
ni?!?!?!?! Haha..lek lu..jgn risau, semua student USM wajib ambil subjek ni
sebagai syarat wajib universiti.
- BIODIVERSITY AND ECOLOGY PRACTICAL
Ni bukan kuliah ye. Ni ialah
amali yang pelajar Biologi perlu jalani semasa cuti semester. Jangan risau,
amali ni ambil masa dua minggu sahaja. Satu minggu, pelajar akan buat amali
dalam makmal kat USM dan satu lagi minggu tu amali kat CEMACS yang terletak di
Teluk Bahang. CEMACS tu tempat penyelidikan milik USM. Selepas selesai semua
amali akan ada exam pada hari terakhir. Soalan objektif sahaja dan lepas tu
bolehlah sambung cutiiiiii….
- GENETIC
Hehehe..Ni pun my favourite juga.
Nama pun genetic so maknanya belajar benda-benda yang related to genetic and
heredity la. Contoh yang paling femes la, benda ni dari zaman sekolah lagi dah
ada dan salah satu fundamental dalam bindang genetic.
Apakah?!?!....
Mendel’s
Law..yang ada kacang tu. Kat USM, class ni ada amali yang mana student akan
buat experiment yang berkait dengan Drosophila Melanogaster atau nama biasanya
kita sebut LALAT. Jangan pandang rendah taw kat lalat ni. Masa lab tu lah,
korang akan kenal dengan lebih mendalam siap belajar lagi yang mana jantan yang
mana betina. Awesome kan??? Well, that’s Biology beb.
- CALCULUS
Calculus is under mathematic and
to be more specific, it is related to differentiation and integration. Calculus
ni selalunya antara subjek killer tapi sebab calculus yang pelajar Biology
belajar hanyalah lebih kepada calculus yang level rendah, so in shaa Allah
boleh la score. Tapi untuk calculus, kalau dapat B tu pun dah kira daebak la,
alhamdulillah.
- INORGANIC CHEMISTRY
So, we’re back to chemistry
again. Inorganic ni belajar pasal inorganic element dan antara topiknya macam
Hybridization of Molecule, VSEPR Theory, Law of Proportion and etc. Subjek ni
pun killer jugak lah. My advice, please and please study hard and understand
the application. That’s it.
- TITAS
Taraaaaa..selamat datang ke kelas
yang akan membincangkan soal ketamadunan dunia. So, boleh agak la kut kan, kuliah TITAS ni lebih kurang macam sejarah
lah. Korang akan belajar aspek-aspek ketamadunan dan isu-isu kontemporari
tamadun.
- ENGLISH & BAHASA MELAYU
Satu fakta yang korang perlu
tahu, bila dah masuk universiti yak semestinya tak belajar bahasa dah. Macam
kat USM, untuk kelas bahasa Inggeris, ada beberapa level yang pelajar perlu
ambil. Rasanya korang akan lebih faham masa sesi penerangan daripada pihak
Pusat Pengajian Bahasa ketika minggu orientasi nanti. Untuk bahasa Melayu pula,
para pelajar kena ambil sekali sahaja.
Konklusinya, silibus sidang
2014/2015 dah berbeza dengan sidang-sidang sebelumnya. So, kalau nak pinjam
buku tu boleh tapi kena tengok elok-elok la sebab apa yang depa belajar dah
lain sikit dari kita. Whatever it is, just relax and your mind and please be
ready physically and mentally to go through the university life.
Last but not
least, Welcome to USM and Welcome to School of Biological Sciences!!!!
-biNgO-