Thursday, June 26, 2014

POSISI KETIKA TIDUR

credit to uncle Google
Assalamualaikum everyone..!!!..sihat?? Amacam, lena tidur semalam? Ada tak sapa-sapa kat sini yang tahu posisi dia ketika tidur? Hari ni bukannya nak story tentang baby yang comel kat atas nie tapi tentang " POSISI KETIKA TIDUR ". Firstly, siapa yang tidur dalam posisi meringkuk (macam baby dalam perut tu)?Kalau ada, sila bersedia!! Sebelum tu, maaf ye sebab tak disediakan gambar. Oklah, kat bawah nie ada 9 posisi tidur yang aku akan story kat korang :-

  • TIDUR SECARA TELENTANG DGN KAKI TERBUKA(macam Patrick dlm Spongebob)
    • seorang yang berjiwa kebebasan dan suka pada keamanan
    • sentiasa menunjukkan identiti yang sebenar
    • boros dan suka bergosip
  • TIDUR SECARA TELENTANG DGN KAKI MENYILANG
    • seorang yg obses dengan diri sendiri
    • sukar untuk menerima perubahan
    • suka bersendirian
  • TIDUR SECARA TELENTANG DGN MENOPANG KEPALA (kepala tu lapik dengan kedu-dua tangan)
    • sentiasa cerdas untuk belajar
    • mempunyai banyak idea yang gila sehingga sukar untuk diikuti oleh orang lain
    • pandai menjaga keluarga dengan baik & sangat mencintai orang lain
  • TIDUR SECARA MENIARAP
    • agak cenderung untuk berpikiran sempit
    • selalu memaksa orang lain untuk mengikut kemahuannya
    • suka berseronok
  • TIDUR SECARA MENGIRING SATU SISI
    • mempunyai sikap percaya pada diri sendiri
    • sentiasa mahukan hasil untuk setiap kerja yang telah dilakukan dengan penuh semangat dan usaha
  • TIDUR SECARA MERINGKUK( here we are!!!!) ---> golongan Mr. Arrogant
    • ego
    • senang cemburu
    • mudah tersinggung
  • TIDUR SECARA MENGIRING DI ATAS SATU LENGAN
    • seorang yang lembut, sopan, jujur
    • sentiasa belajar untuk menerima kesalahan 
  • TIDUR DENGAN SUKA MEMELUK
    • sentiasa merasakan kesepian dan tertekan
    • seorang yang obses dengan kegagalan dan kemunduran masa lalu
    • selalu berasa ragu-ragu
  • TIDUR SECARA MENGGUNAKAN SELIMUT MENUTUP KESELURUHAN BADAN
    • seorang yang pemalu & lemah
    • suka menyimpam banyak rahsia & memendam masalah yang dihadapi
Mungkin ada sesetengah posisi tidur banyak menunjukkan side negatif seseorang individu. Tapi, percayalah!!! Kesemua posisi tidur ni tak menunjukkan 100% siapa kita sebenarnya..!!! Kita sendiri lebih mengenali siapa kita? INGAT!!!
" Kejayaan LUAR BIASA lahir dari insan yang BIASA tetapi sentiasa berusaha secara LUAR BIASA. "
p/s : aku pernah bagi pengucapan awam tajuk nie masa kelas ko-ku kat KMPP dulu,hehe...

- biNgO - 

No comments:

Post a Comment