Olla..Assalamualaikum!!!
Kali ni SZ bukan nak buat entri tapi sekadar nak meluahkan
apa yang terlintas di benak fikiran ini. Alkisah bermula….
Kadang-kadang, ada yang pernah tanya pada SZ, “Ang ada blog
ka?” , “Ada ka orang baca blog ang wei,tengok tak da apa pun”. Pada saat soalan
cepumas sebegini yang ditanya, SZ cuma senyum dan kata “ Aku tak keraplah
update, aku bukan target nak jadi blogger famous-famous tu pun “. Yes, it is
true! Mula-mula SZ kenal, tahu dan buat blog masa form 3. Waktu tu, cikgu kelas
Komputer yang wajibkan setiap pelajar buat blog masing-masing. So, I just do
it. At last, blog tu dibiarkan macam tu saja sampailah SZ habis matrik.
Lepas
tu, baru SZ customize kan elok-elok blog ni, cari nama yang sesuai dan baru
mula meng’update’ entri sikit demi sedikit. Pada rancangan asalnya, SZ nak
jugalah blog ni boleh muncul kat enjin carian. Tapi, untuk muncul kat enjin
carian tu, paling koman, setiap minggu kena post entri. Memandangkan SZ masih
seorang student U dan kekangan masa menyebabkan SZ tak dapat nak selalu post
entri kat blog. Setakat ni, cuma kawan-kawan SZ yang menjadi pembaca untuk ! SITI ZURIAH'S ! .
Mana ada blogger yang tak suka follower kan??? Aku pun sama.
Cuma, untuk permulaan ni aku lebih banyak menulis entri-entri untuk mendapatkan
kepuasan menulis. Aku pernah terbaca satu blog ni yang katanya bila buat blog ni
kena ada ‘niche’ blog tu sendiri. But for me, I’ll just write anything that
come across my mind as I said I love writing. Bidang penulisan is one of my
passion and I really love it.
Sebab itu, untuk mula-mula ini, aku tak meletakkan
harapan yang tinggi sebab aku sedar blog ni masih tak standing dengan blog-blog
yang aku pernah visit. Thus, aku cuma harap kalau ada yang membaca entri-entri aku ni, harap-harap dia terhibur. In shaa Allah, yang baik itu dari Allah dan yang
buruk itu atas kesilapan aku sendiri. Bye! Bye!
-biNgO-