Sunday, February 4, 2018

Jom ke Georgetown : Street Art, Chew Jetty


Penang!! Penang!! Penang!!

Selain dikenali sebagai syurga makanan, Penang juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau datang Penang, jangan lupa singgah di pekan Georgetown taw. Janganlah makan-makan ja, pusing pekan Georgetown tu sekali. Perkhidmatan menyewa basikal disediakan untuk pengunjung yang ingin mengayuh basikal untuk melawat sekitar Georgetown. Kadar sewa tu ada yang murah ada yang tak berapa nak murah. So, kena pandai pilihlah ye. Tapi, kalau mahu berjalan kaki pun boleh. Lagilah bagus, sambil menyelam minum air, sambil makan angin boleh mengamalkan gaya hidup sihat. Yihaaaaa!!!!


Kebanyakkan yang menyewa basikal, mereka akan berpusing sekitar Georgetown untuk melihat Street Art. Tahu tak Street Art tu apa? Street Art tu lukisan di dinding yang sekali pandang macam lukisan yang real. Jadi, meh aku share beberapa lokasi di Georgetown yang menarik. Mana tahu, akan menjadi inspirasi untuk anda di luar sana apabila datang ke Penang suatu hari nanti. Wahh, dah macam iklan pula rasa. Okay, let’s back to the topic my dear..

Pertama, Street Art. Aku dah dua kali pergi ke Street Art tapi masih belum habis pusing. Seingat aku, jumlah lukisan yang ada di Street Art banyak dan lokasinya pula di merata-rata tapi masih dalam lingkungan pekan Georgetown. Itulah salah satu sebab kenapa aku tak pernah habis pusing tengok semua lukisan. Lukisannya bukanlah dilukis pada satu lorong atau lokasi yang sama tetapi di merata-rata tempat. Ada yang berhadapan jalan utama dan ada yang di celah lorong. Alamak??? Kalau tempatnya berterabur macam mana nak cari?? Jangan risau jangan takut!! Hampir kesemua kedai menyewa basikal akan sediakan sekali peta yang menunjukkan lokasi setiap lukisan. So, nilah masanya nak asah skill baca peta macam kelas Geografi tu. Hehehe…


Kedua, bangunan-bangunan di Lebuh Pantai. Sebenarnya, banyak bangunan di Georgetown yang masih mengekalkan ciri bangunan ala inggeris. Bangunan-bangunannya sangat lawa dan sering menjadi port bergambar untuk sesiapa yang datang ke Georgetown. Kadangkala, bangunan-bangunan kat situ juga menjadi port pilihan untuk sesi bergambar untuk perkahwinan mahupun graduasi.


Ketiga, Chew Jetty. Chew Jetty ni agak tersorok laluannya. Bagi mereka yang pertama kali datang ke Penang, mungkin agak susah untuk mencari Chew Jetty ni. Chew Jetty ni terletak bersebelahan dengan tokong Cina. Tokong cina itu terletak berhampiran dengan stesen minyak Shell. 


Chew Jetty sebenarnya ialah perkampungan kaum cina di tepi laut. Laluannya agak kecil dan jika berjalan sehingga ke hujung jeti, anda dapat melihat pemandangan laut yang sangat luas. Terpesona pandangan mata untuk seketika. Sepanjang laluan, ada penduduk-penduduk di situ yang menjual pelbagai jenis cenderamata seperti keychain, t-shirt dan hiasan lain. Seandainya inginkan item untuk dibuat kenangan, bolehlah beli.


Setakat ini, inilah serba-sedikit yang boleh aku kongsikan untuk kali ini. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di sana yang boleh dilawati. Kalau nak tahu lebih lagi, stay tuned!

-biNgO-

No comments:

Post a Comment