Olla!!!! Akhirnya, dapat juga update blog ni. Rasanya dah hampIr
setengah tahun SZ tak update blog ni. Oklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom
baca entri SZ untuk kali ini. Kali ni, SZ nak buat satu entri yang bertajuk “
MRSM!! MRSM!! “. Kenapa dengan MRSM? Jengjengjengjeng…. Relax ok, this time I
will tell you guys what I heard about MRSM and what was exactly the real
things? (Oh my English!)
Pernah dengar tak orang kata masuk MRSM ni menyusahkan? Guna
banyak duitlah, cikgu ajar sambal lewa, pendek kata khabar-khabar angin yang
seolah-olah memberi persepsi yang negatif berkenaan MRSM. SZ pun selalu dengar
cerita-cerita yang macam ni sampaikan SZ dgn kawan-kawan sepakat nak boikot
MRSM. Tak mau belajar kat MRSM. TAPI..!!!!! Akhirnya, kata-kata tu memakan diri
SZ apabila SZ ditawarkan memasuki MRSM MERBOK. Mula-mula tu, SZ dah macam…
Namun, demi merealisasikan impian yang tertanam di dalam
hati, SZ akur dengan cakap mak ayah dan at last, I finished my SPM in MRSM
itself. Kelakar kan? Dulu, ia-ia ja SZ nak boikot segala bagai la, tuptap masuk
MRSM juga.
Apabila SZ dah masuk MRSM, SZ agak terkejut sebab its
totally different from all those news. Tapi, masa masuk mula-mula tu memang
pakai banyak sikitlah duit. Tapi, ‘don’t worry be happy’ banyak tu tak sampai
seribu pun. Paling kurang dlm 500 ja. Bayar tu sekali ja masa masuk mula-mula.
Masa dah mula kelas, SZ rasa macam kat sekolah biasa saja. Siapa kata
cikgu-cikgu MRSM sambal lewa ha? Bohong ja semua tu. Cikgu-cikgu kat MRSM SZ
memang tiptop macam cerita ‘Rania Tiptop’ tu. Cikgu ajar sampai faham. Kalau
tak turun prep, warden cari. Tambahan kalau pelajar-pelajar yang ambil
peperiksaan awam PMR dan SPM. Lagilah cikgu-cikgu akan usaha sehabis mungkin
supaya pelajar-pelajar mereka cemerlang.
Masa aku di tingkatan 5, mula dari awal tahun cikgu-cikgu dah
tegaskan berkenaan SPM dan semua cikgu akan cuba menghabiskan sukatan pelajaran
sebelum peperiksaan percubaan. Budak-budak MRSM ni mcm SBP gak, ada trial MARA
lepa yang tersendiri. Dan aku sendiri mengaku trial MARA memang lagi susah dari
trial SBP dan sekolah biasa. Selepas selesai trial dan dah keluar keputusan,
semua pelajar form 5 diasingkan mengikut tahap pencapaian masa trial hari tu.
Masa tu la akan mula dilancarkan PGG SPM aka Program Gerak Gempur SPM. Untuk
pelajar PMR pun ada PGG diorang sendiri.
Dari detik pelancaran tu lah,
cikgu-cikgu yang mengajar pelajar tingkatan 5 ni akan mula berhempas-pulas
untuk tolong pelajar di saat-saat akhir tu. Dari pengalaman aku sendiri, dari mula
awal tahun cikgu penyelaras F5 dah sediakan satu balang kismis untuk setiap
kelas. Kalau dah habis kismis tu, pergi refill kat bilik guru. Baik kan
penyelaras kitaorang????
Masa dah mula PGG tu, mulalah ramai pelajar tingkatan 5 yang
akan penuhkan ruang kat bilik guru ataupun masa prep dah habis pun diorang ni
stay lagi. Lagi yang satu kat MRSM ni, it is pra-U life. Kenapa? Sebab kat MRSM
markah tak 100% berdasarkan peperiksaan akhir, ada gak pecahan carry mark macam
kat university nanti. Masa aku dulu, seingat aku lah, dlm 60% final exam dan 40%
lagi carry mark untuk assignment,mid-term test. So, bila masuk university
nanti, takda la dapat ‘ exam shock ’ ka.
Terlupa nak cerita, kalau sesiapa dah
masuk MRSM tu, tolong persiapkan diri secara mental dan fizikal sebab kat MRSM ni
aktiviti agak padat. Lepas satu satu, tambahan untuk pelajar F5 dan F3. Satgi
ada seminar la, extra class la. Contohnya, masa aku dulu, tepat pukul 6 dah kena
kosongkan hostel. Subuh berjemaah kat surau. Lepas solat, ada bacaan Al-Quran
berjemaah, lepas tu baru pergi breakfast.
Selesai breakfast, get ready untuk ‘
roll-call ‘ pula. Kelas mula dalam pukul 8 sampai 1 lebih. Cuma untuk F5
kadang-kadang balik pukul 2 lebih. Lepas balik terus pergi lunch kat Dewan
Selera dan terus naik bilik untuk solat dan bersiap untuk prep petang. Untuk
prep petang, 3.15 dah kena turun sampailah pukul 4.30. Balik prep tu, pergi
ambil minum petang dulu. Selalunya, lepas prep tu santai dah sikit. Tapi, untuk
pelajar F5, kadang-kadang tu pukul 5 ada extra class sampai pukul 6 lebih.
Kalau ada extra class, memang rush sikitlah.
Balik kelas tu pergi dinner pula
dan bersiap untuk malam pula. Waktu malam, around 7 o’clock dah kena turun
pergi surau. Siapa yang lambat akan didenda baca Mathurat kat luar surau. Part
ni ada kenangan sikit, malu bila teringat balik, hahaha. Lepas Isyak baru mula
prep sampai pukul 11 malam. Balik prep pergi supper dulu and then baru tidur.
So, nampak kan kesibukannya sedikit. Tapi, tak pa, jangan risau, macam kata
Rancho, ‘ ALL IS WELL ‘. Mula-mula tu ja rasa kalut sikit. Lama-lama tu, alah
bias tegal biasa lah jawabnya. Semua pengalaman aku masa kat MRSM sedang
diaplikasikan balik kat USM ni. Sekurang-kurangnya, aku dah terbiasa dengan
lifestyle kat U ni.
Jadi, Nampak kan???tak kiralah ckgu tu cikgu MRSM ka cikgu
SBP ka cikgu sekolah biasa ka, asalkan bergelar ‘CIKGU’, mereka ni akan
sentiasa menolong anak murid kerana golongan cikgu inilah yang menggalas
tanggungjawab untuk melahirkan pemimpin negara. ‘ Last but not least ‘ ala inggerisnya,
SELAMAT HARI GURU!
-biNgO-