Monday, December 12, 2016

#botanistonair

Minggu terakhir kuliah bakal menjelma. Petanda study week akan mengambil tempat dan peperiksaan akhir semester pun akan tiba....



Hahahahahaha...bawa bertenang. Semua boleh settle. Secara teknikalnya, dua minggu lagi nak final dah. (ok, dah boleh jerit!!!!) Sekejap ja nk final dah. Rasa macam baru ja masuk tahun ketiga bermajorkan Botani.

Well, sejak masuk major ni, bertambah hashtag baru iaitu #botanistonair . Belajar major botani kat USM ni ok kalau kita cuba nak enjoy. Kalau tension, kut manalah nak serap ilmu tu kan... *flip hair ...next time, I'll be posting about all trip that the botany student had go for this semester. Adios..

-biNgO-
#botanistonair


Wednesday, September 2, 2015

BELAJAR BIOLOGI DI USM :)

Assalamualaikum..olla!!!

Emmm..kejap ja aku dah nak masuk tahun ke 2 kat USM sebagai pelajar bidang Biologi. Minggu ni pelajar baru dah masuk dan maka bermulalah minggu orientasi sidang kemasukan 2015/2016. Haha..teringat pula masa zaman orientasi dulu. 

Oklah..post kali ni nak share sikit berkenaan apa yang aku dah belajar sepanjang setahun belajar Biologi. Untuk pengetahuan hampa, bermula dari sidang kemasukan 2015/2016, kursus Biologi dah ditukar menjadi program 4 tahun untuk kedua-dunya sekali, Biologi Tulen dan Biologi Gunaan. Sebelum batch aku, depa program 3 tahun ja. 

Apa motif USM tukar jadi 4??? 

Entahlah, kami pun tak sure. Untuk program 4 tahun, korang akan masuk major pada tahun ke-3. So, 2 tahun belajar basic knowledge dan 2 tahun belajar major.




Antara silibus Biologi pada tahun pertama ialah:-

  • BIODIVERSITY

Untuk kuliah ni, macam yang belajar waktu sekolah menengah dan matrik juga. Korang akan belajar berkenaan Classification of Animals and Plants. Yang ada Kingdom, Domain semua tu lah. Waktu nilah korang akan jumpa nama saintifik yang panjang-panjang dan ada certain yang agak rare. Cuma yang level U ni, belajar mendalam sikitlah.

  • ECOLOGY

This is my favourite,hehe. Kuliah Ecology ni belajar pasal nature and more to process. Type of competition, Carbon Cycle, Energy Flow. Kebetulan masa batch aku, mula-mula dapat Prof Mashoor which is one of researcher yang buat kajian pasal orang utan. So, masa class Prof ni, mostly akan dgr pasal orang utan ja dan siap ada trip lagi pergi Orang Utan Island kat Bukit Merah. Pokoknya, class ni best. So, enjoy yourself.

  • ORGANIC CHEMISTRY

Since nama pun Chemistry, memang belajar Kimia lah. Organic Chemistry ni belajar pasal element yang based on carbon and hydrogen macam alcohol and etc. Hehehe, aku memang tak suka sangat kimia. Basically, orang kata organic is better than inorganic tapi aku tak score pun subjek ni..hehe

  • KEUSAHAWANAN

Ok..class ni antara yang heaven sebab kuliah kat DTSP dan seminggu sekali saja. Class ni nanti kena buat jualan. Lepas tu kena present hasil jualan sekali dengan kira-kira sebagai salah satu carry mark untuk subjek ni. Apa halnya belajar keusahawanan pula ni?!?!?!?! Haha..lek lu..jgn risau, semua student USM wajib ambil subjek ni sebagai syarat wajib universiti.

  • BIODIVERSITY AND ECOLOGY PRACTICAL

Ni bukan kuliah ye. Ni ialah amali yang pelajar Biologi perlu jalani semasa cuti semester. Jangan risau, amali ni ambil masa dua minggu sahaja. Satu minggu, pelajar akan buat amali dalam makmal kat USM dan satu lagi minggu tu amali kat CEMACS yang terletak di Teluk Bahang. CEMACS tu tempat penyelidikan milik USM. Selepas selesai semua amali akan ada exam pada hari terakhir. Soalan objektif sahaja dan lepas tu bolehlah sambung cutiiiiii….

  • GENETIC

Hehehe..Ni pun my favourite juga. Nama pun genetic so maknanya belajar benda-benda yang related to genetic and heredity la. Contoh yang paling femes la, benda ni dari zaman sekolah lagi dah ada dan salah satu fundamental dalam bindang genetic. 

Apakah?!?!....

Mendel’s Law..yang ada kacang tu. Kat USM, class ni ada amali yang mana student akan buat experiment yang berkait dengan Drosophila Melanogaster atau nama biasanya kita sebut LALAT. Jangan pandang rendah taw kat lalat ni. Masa lab tu lah, korang akan kenal dengan lebih mendalam siap belajar lagi yang mana jantan yang mana betina. Awesome kan??? Well, that’s Biology beb.

  • CALCULUS

Calculus is under mathematic and to be more specific, it is related to differentiation and integration. Calculus ni selalunya antara subjek killer tapi sebab calculus yang pelajar Biology belajar hanyalah lebih kepada calculus yang level rendah, so in shaa Allah boleh la score. Tapi untuk calculus, kalau dapat B tu pun dah kira daebak la, alhamdulillah.

  • INORGANIC CHEMISTRY

So, we’re back to chemistry again. Inorganic ni belajar pasal inorganic element dan antara topiknya macam Hybridization of Molecule, VSEPR Theory, Law of Proportion and etc. Subjek ni pun killer jugak lah. My advice, please and please study hard and understand the application. That’s it.

  • TITAS

Taraaaaa..selamat datang ke kelas yang akan membincangkan soal ketamadunan dunia. So, boleh agak la kut kan,  kuliah TITAS ni lebih kurang macam sejarah lah. Korang akan belajar aspek-aspek ketamadunan dan isu-isu kontemporari tamadun.

  • ENGLISH & BAHASA MELAYU

Satu fakta yang korang perlu tahu, bila dah masuk universiti yak semestinya tak belajar bahasa dah. Macam kat USM, untuk kelas bahasa Inggeris, ada beberapa level yang pelajar perlu ambil. Rasanya korang akan lebih faham masa sesi penerangan daripada pihak Pusat Pengajian Bahasa ketika minggu orientasi nanti. Untuk bahasa Melayu pula, para pelajar kena ambil sekali sahaja.


Konklusinya, silibus sidang 2014/2015 dah berbeza dengan sidang-sidang sebelumnya. So, kalau nak pinjam buku tu boleh tapi kena tengok elok-elok la sebab apa yang depa belajar dah lain sikit dari kita. Whatever it is, just relax and your mind and please be ready physically and mentally to go through the university life. 

Last but not least, Welcome to USM and Welcome to School of Biological Sciences!!!!



-biNgO-

Thursday, June 18, 2015

PENAMAT TAHUN PERTAMA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dah habis tahun pertama di USM.
Banyak kenangan sepanjang satu tahun kat sini. Kadang-kadang tu rasa macam dah bertahun-tahun duk kat USM ni ha..(metafora sikit)..Menjadi pelajar aliran sains kat USM ni bukanlah sesenang macam yang kita tengok dalam tv. Ada pasang surutnya. Macam roda, satu saat kita di bawah, pada saat yang lain kita akan berada di atas jua.

See...the wheel is keep spinning, so everyone has the chance
     Oklah, sekarang ni, biar aku ceritakan pengalaman menjadi pelajar tahun pertama Biologi di USM. Bermula dari batch aku, program dah ditukarkan kepada program 4 tahun. Jadi, sukatan pelajaran tu tak sama sangat dah dengan senior-senior. Tapi, ok jugalah dapat program 4 tahun, sekurang-kurangnya tak padat sangat jadual kami-kami ni ha. Untuk tahun pertama Pure Biology, kita akan belajar Biodiversity, Ecology, Organic Chemistry, Amali Ekologi dan Biodiversiti, Genetic, Calculus dan Inorganic Chemistry. Banyak kan?!?..

Tapi tak pa, kalau pandai manage masa, in shaa Allah, all is well..(senyummmmm). 

Masa mula-mula masuk dulu, my first impression,"Ni ka coursemates aku?!?!?!"...
     Haha..seriously lawak kalau imbas semula. Macam mana aku boleh fikir macam tu?..Ok, masa mula-mula dulu, kuliah aku krik krik sikit. Maklumlah, dalam kalangan budak APEX, semua behave lah. Tapi, lepas dah kenal, mulalah ada macam-macam perangai boleh nampak. Untuk hidup kat universiti, kita perlu pandai menyesuaikan diri dengan semua orang dan juga keadaan tu. Tapi, dalam nak menyesuaikan diri tu, jangan tersilap memilih kawan. Pesanan untuk semua!!

     Haa..lagi satu, sebelum terlupa. Universiti bukannya sekolah ye cik kak, cik abang. Kita kena pandai menerima perangai manusia lain yang mungkin berbeza sikit dari kita, macam yang annoying ka, mulut lepas ka. Semua jenis ni, kita akan jumpa kat universiti nanti. So, kalau hampa terkawan dengan orang yang macam ni, janganlah pula terus mempulaukan si dia tu. 

     Cuba sesuaikan diri dengan si dia. Itu ialah perangai lepa yang mungkin tak boleh nak ubah dah. Universiti ni bukannya sekolah yang kita boleh pergi and cakap kat dia, "Aku tak sukalah ang.Jangan annoying sangat boleh tak"...haha, no no no!!!...

Bak kata mak aku, ada mata tengok, ada telinga dengar, ada mulut diam ja.

Campus life ni menyeronokkan kalau kita pandai mencari peluang dan memanfaatkannya. Akhir kata, "Prepare yourself. Life is not fixed" ...Adieu


-biNgO-