Assalammualaikum..salam perkhabaran..!!!!..kali ini,kita
akan berbicara dari mata ke mata kerana dari mata turun ke hati..haha..sweeet
bangat (ok..abaikan ja part mata dan hati tu)
Hari ini, aku just nak share pendapat aku tentang satu hal ni
and for sure uolls gonna like it especially girlzzzz…(pjgkan kan zzzz tu)
La ni, ada banyak sangat dah novel-novel cinta kat kedai
buku.Tak kisahlah kedai Hassani ka Popular ka. Asal nama dia kedai buku,
confirm 200% ada terjual novel-novel tu. Oklah, tak mau dah merapu banyak,
let’s straight to the point. Dalam kebanyakkan novel ada ja kisah ‘Cinta after
Nikah’..kan????..dan benda nilah yang mula merebak dalam kalangan masyarakat
kita especially yg girls...nak bercinta after nikah la katanya kan.
Benda ni bukannya aku kata tak bagus, bagus CUMA…(ada gak
CUMA tu)..Cuma konsep ‘Cinta after Nikah’ ni mcm seolah-olah bakal menjadi satu
trend nanti..nak bercinta after nikah ni memang digalakkan dan sapa ja yg tak
mau..in fact, aku sendiri pun teringin..hehehe (tutup muka sat)..
TETAPI
Haruslah diingatkan kembali apa sebenarnya niat kita untuk
bercinta after nikah???
Adakah semata-mata untuk menjadikan perkahwinan khayalan
suatu kenyataan seperti plot novel ataupun ikhlas untuk mendapat keredaan-Nya?
DAN
Adakah sebenarnya kita sudah bersedia untuk melangkah ke
alam perkahwinan yang memerlukan komitmen seumur hidup?
SEBENARNYA… SAYA ISTERI DIA (commercial break
sikit,hehe)
Boleh ja untuk kita menyimpan hasrat untuk bercinta after
nikah, yang penting niat dalam hati ini adalah untuk mendapatkan keredaan
Allah..kenapa??..sebab hubungan yang halal inilah yang mendapat keberkatan
daripada Allah SWT dan sebelum excited nak menikah tu, persiapkanlah ilmu di
dada tu kerana kita bakal menjadi imam ataupun makmum yang bakal melayari satu
bahtera suatu hari nanti.
Kata orang, jodoh tu perlu dicari kan???
Sekuat mana pun perancangan yang kita buat, ketentuan Allah
lebih berkuasa. Sesuatu yang kita dapat itu adalah takdir yang telah ditetapkan
dan ada hikmahnya. Macam tajuk post ni,’Percaya pada-Nya’.
Yang PENTING…bahagiakan kedua-dua orang tua tu dulu sebelum
nak beralih ke fasa perkahwinan..dan pilihlah pasangan yang dirasakan terbaik
untuk diri anda yang boleh menjadi peneman untuk seumur hidup dan in shaa Allah
until Jannah..Amin--
-biNgO-